Sunday, 16 December 2018

Resepi Puding Karamel


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم | Assalamualaikum and hai (harap ada orang baca :p)


Bulan puasa yang lepas, Anis tunggu keputusan UPU, jadi daripada tak buat apa-apa, tolong emak buat kuih. And adalah buat bisnes kuih sendiri, ala senang je. PUDING KARAMEL. Siapa ja yang tak suka puding karamel nih? Angkat tiak sikit. Majoriti ramai suka oke. Makan masa sejuk-sejuk tuh, ehmmm sedapnya. Tapi AWAS! Tak digalakkan makan hari-hari tau. Mau kena diabetes weh. Sayangi buah pinggang anda. 

Sebenarnya dah lama save dalam phone and teringin nak buat post. Sekarang baru free kan. So emm let's start ! :D

Bahan-bahan Puding Karamel:

 4 biji telur
 1 tin susu cair
 1/2 cawan gula halus

Bahan Karamel:

 1 cawan gula


 ((anis guna 6 biji telur sebab nak buat besar. So optional korang nak guna berapa biji pun ok))
Langkah pertama. Pukul telur dan gula guna mixer. Jangan pukul lama sangat eh biar mereka berdua bersatu je. Eh macam lagu Forteen.


Langkah kedua: Masukkan susu cair lepastu mixkan lagi. Jangan lama-lama jugak tau! Okeh puding dah siap. Senang gila kan? Pejam mata pun boleh. Heh *riak. Tinggalkan adunan nih and kita buat karamel dia yanggg sedapp dan menggemukkan tuh pulak.


Langkah ketiga is masukkan secawan gula dalam kuali @ periuk @tak kisah lah nak guna apa. Yang penting besi. jangan guna plastik pulak. Heheh. Hidupkan api kecil jea. Masa buat karamel nih slow and steady. No need to rush giteu.


I bantai guna sudip kayu yang dah nazak. Pun boleh uolsss. Jangan guna senduk plastik dah lah. Suhu gula nih tinggi and AWAS! Jangan sampai terpercik ke tangan ke muka ke. Jatuh saham nanti. Kacau-kacau tau


Hasilnya gula tadi jadi amber colour. Nih laa karamel. Okay dah tutup api cepat-2 jangan sampai hangus. Nanti nak makan pun tak lalu sebab pahit


Langkah keempat. Mula-mula ratakan marjerin/butter dalam loyang. Then tuangkan karamel tadi and ratakan cepat-cepat. Nanti dia keras dah rosak.


Langkah kelima. Tuangkan adunan puding atas karamel yang dah keras tadi. anis tapis dulu sebab taknak berbuih sangat. Nanti tak cantik (tapi memang tak cantik pun huhu)






Lastttt step is. KUKUS! Kukus nih tunggu lah dalam 30/40 minit. Kejap jea masaknya. Okay itu jea. Senang kan? Give it a try okay


Terbalikkan atas pinggan/tray. And potong ikut suka hati. DONEEEE~





 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Tutorial Samakan Saiz Gambar Dalam Posting

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum.

The reason why anis buat post tutorial nih is TAKNAK HILANG CODING. Everytime tiap kali tukar design mesti tak ingat macam mana nak samakan saiz gambar dalam setiap post. Haha. Thankyou Nurul Chumel 

Okay first login --> Template --> Edit HTML

Ctrl+f and pastekan kod ini:
]]></b:skin>
Ok jumpa. Pastekan kod bawah nih SEBELUM kod atas tu:
  .post img {
float: center;
max-width: 460px;

line-height : 2em;
margin: 0 auto 10px auto;
clear: both;
}
 Merah: Boleh tukar ikut kesesuaian blog. Preview and save without no doubt. Haha
 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Saturday, 8 September 2018

Pengalaman Saya Menghadapi Ujian MEdSI di UPSI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah Anis dah tiwenty yrs old pada bulan Ogos yang lepas. Pada 3 Ogos yang lepas juga, Alhamdulillah Anis dapat berita gembira daripada pihak UPU bahawa Anis diterima menjadi mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Anis ditawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian. Walaupun pilihan pertama Anis subjek Bahasa Melayu, tapi tidak mengapalah. Mungkin rezeki Anis untuk subjek Geografi. Allah knows the best for me, right?

(klik untuk tumbesaran)

Kepada yang tertanya-tanya tuh, sebelum kita dapat diserap masuk ke dalam mana-mana Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam, pemohon-pemohon perlu mengambil dua ujian, which is Ujian MEDSI dan Temuduga/Ujian Khas. Haa, bukan mudah tau untuk menjadi seorang pelajar U dalam program ini. Kalau kita tak lepas Medsi, kita tak boleh pergi ke temuduga. Begitu juga kalau lulus ujian Medsi, tapi gagal part temuduga, kita tak lepas juga dapat program itu. Syukur Anis lulus kedua-dua ujian walaupun semasa interview depan panel, few questions jugaklah Anis SALAH JAWAB tapi CONFIDENT. Haha. Confident itu penting! Kalau Anis sempat, Anis akan kongsikan pengalaman Anis ditemuduga okay =)

Oh ya, dan pada 1 September 2018, Anis telah selamat mendaftar sebagai salah seorang student UPSI ambilan September 2018/2019 peringkat degree. Jadi sekarang, Anis menetap di Kolej Ungku Omar dan jumpalah kawan-kawan baru yang macam-macam heei (hal dalam Perak) duduk Perak kan cakaplah Perak. Haha. Okay settle mukadimah -_-

Apa itu ujian MEdSI? 

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

- Sumber After School

Jumlah soalan yang wajib dijawab oleh calon adalah sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam. Format soalan terbahagi kepada 4 bahagian berikut :

Bahagian 1 (personaliti 110 soalan)
Bahagian 2 (minat kerjaya- 60 soalan)
Bahagian 3 (nilai integriti 70 soalan)
bahagian 4 (kecerdasan emosi 40 soalan)

Contoh-contoh soalan yang Anis tunjuk nih, dapat daripada google tau. Jadi, guna buku. Sekarang zaman canggih nih, jawab soalan guna komputer. Jadi, kita jawab sama macam jawab ujian komputer masa nak ambil lesen L. Hehe :p Kita tinggal nak tick tick ja jawapannya.



Untuk pengetahuan kalian semua, ujian ini sebenarnya nampak jea belambak gila 300 soalan. Tapi, percayalah masa yang diambil untuk menjawab tak sampai 40 minit pun. Jawapan mestilah dari hati. Tak perlu nak fikir panjang. Baca sekali dan terus jawab. Barulah dapat mencerminkan personaliti kita yang sebenar. Tapi tipu-tipulah sikit hihi

So, Anis sampai lambat masa haritu. Walaupun tempoh perjalanan 40 minit je dari rumah huhu. Apa yang Anis boleh share ialah ;


  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Memusakan
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

JAWAB SANGAT SETUJU/SANGAT TIDAK SETUJU sahaja! Try abaikan yang jawapan lain sebab kita kena confident ! Perlu apa? CONFIDENT.

Pakaian? formal lah. Perempuan baju kurung , lelaki kemeja bertali leher kasut bertutup. Walaupun ujian dia sekejap ja tapi kena kemas-kemas juga okeh.

Bawa slip ujian, IC, dan pen sebatang. Tuh je. Otak jangan tinggai okeh. Hehe

Sekian, wassalam~





 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Friday, 10 August 2018

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Berblogging?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Its been a longgggggggggggggg time since aku tak update blog and I think bila dah sambung study nanti aku nak teruskan update. In Shaa Allah :) Aku patut tukar header, sidebar punya title, jenis font, tema blog, semuanyalah! Sebagai bukti yang aku semakin dewasa so kenalah matangkan sikit blog ini. Ehek. Matang lah sangat.

Okay so waddup gais. Assalamualaikum bloggers dan bukan bloggers. Student Kecik dah buat comeback yeah! Haha. (Ye tahu aku cakap sorang-sorang. Dah tu) Okay back to the topic, since aku pernah screenshot Nuffnang aku dan post di status whatsapp 2 days ago *omg whatsapp dah ada status guys, dulu main fb jee*, adalah member-member aku reply dan tanya macam mana nak buat duit dengan blog? Hanya dengan BLOG, duduk lama-lama depan laptop berejam, besarkan cushion, lepastu kau boleh jana income? C'mon beb macam mana nak buat.

Stop kejap.

Sejujurnya, masa aku buat Nuffnang nih umur aku masa tuh maybe Form 2. I dont even know anything tentang cara nak cari duit guna iklan. Apa yang aku tahu is aku ambil tempahan edit blog and orang akan bayar guna topup. Yes, i'm a noob! 

Kelakarnya aku punya Nuffnang tak cecah RM50 lagi. 
Jadi, amatlah tidak sedar diri aku buat post ini sebab tak setanding dengan bloggers yang lain. Beratus ratus boleh dapat huhu T___T
Anyways, aku dah janji dengan mereka untuk menerangkan apa itu Nuffnang.
Jadi, janji harus dicapati bukan?
Let's proceed 

nuffnang glitterati blogger

Apa itu Nuffnang? Aku sebenarnya masih samar-samar tentang Nuffnang ini walaupun dah bertahun mendaftar. Jadi, untuk bagi kalian semua faham, Nuffnang ini merupakan satu komuniti yang menghubungkan antara pengiklan dan blogger. Nuffnang nih sebagai medium pengiklanan. Macam kau blogger yang membantu Nuffnang untuk promosikan iklan-iklan dia. Jadi kalau blog kau ramai visitors dalam sehari, lepastu visitors tekan iklan-iklan tersebut, Nuffnang akan salurkan kau duit dalam RM0.20/RM0.25. Okaylah tuh kan? Siapa nak bagi kan? 

Okay ini ialah CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS
These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period. Maksudnya, blogger akan dapat pendapatan melalui banner yang dipasang dan mengikut berapa banyaknya Unique Visit yang masuk ke blog korang tiap hari. Unique Visit ini ialah pengunjung yang datang ke blog engkauorang. Begitulah cerita dia. Kalau nak ketawa tengok jumlah pendapatan saya, silakan :)


Ini pula ialah CPC (COST-PER-CLICK) CAMPAIGNS
These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period. Ini yang aku cakap u guys boleh dapat RM0.20/0.25/0.50 bagi setiap banner yang diklik oleh pengunjung. Means that, Nan blogwalking ke blog aku, dia tekan banner iklan aku, aku dapat RM0.20. Macam harga gula-gula bukan? Haha.


Macam mana nak dapatkan beratus-ratus? Google! Banyak bloggers dah bocorkan rahsia macam mana nak tingkatkan pendapatan dengan Nuffnang. And In Shaa Allah aku pun nak belajar lepasni. Setakat nih aku letak dekat header dan sidebar. Tolong klik yee. Nanti aku klik kau orang punya balik. Hehe

Macam mana nak daftar? Ajar aku please! Nak duit jugak

Silalah daftar dengan sendiri. Dah besar kan? Lol

Untuk masukkan dalam blog, I'll update if ada yang request. That's all from me. Adios


 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Tuesday, 8 May 2018

Anis's Brownies *wink wink*

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


*THIS POST MAY HAVE A VERY LONG CAPTION. SCROLL DOWN KALAU MENYAMPAH*




Oke hai. Maafkan saya sebab buatkan korang gugur iman tengok especially yang duduk area Gombak, Shah Alam, Sg Besar mintak anis COD. HAHAHAHA. (ops sori tergelak) I would love to, tapi tak terdaya nak drive jejauh. Bawak kereta pun loqlaq lagi dok langgaq buntut kete orang.

Shh done melalut. “Makanan nih nama dia apa? KL Tower?  Towel? Berbelit lidah makcik menyebutnya. Cancel lah beli!” Haha. Chill makcik, pakcik. Saya percaya, RAMAI lagi yang tak tahu kewujudan Brownies Tower. Including akak yang kerja dekat kedai Rakan dan aunty Chartolle sebab bila aku tanya masing-masing blur cakap first time nampak(sebab aku tunjuk gambar). Terasa kembang jugak lah lubang hidung sebab cmon tu kedai kek kot! Aku yang kenalkan dekat diorang. Huhu. Ok, come, let me help you here.

Apa itu Brownies Tower? Kotlah ada tetiba yang blur juga sebab aku post kat story 2 hari lepas ahaha. Brownies Tower nih brownies yang disusun bertingkat-tingkat layer by layer. Kalau normal yang besar nih 5 tingkat lah. Dapatlah dalam 40 ketul brownies giant, so bajet-bajet lah dalam berapa orang yang makan. Agak-agak tak cukup sokay aku boleh tambah jadi 15 tingkat! Kot kot la nak sama tinggi dengan rumah flat dia. LOL. Kalau korang swipe kanan, itu Mini Brownies Tower. Dapatlah dalam 16 ketul brownies size sizhuka (tadi size giant) Sangat sesuai untuk bagi dekat someone atau kalau ko jenis alone, bagi diri sendiri makan sambil nangis tepi katil. Huhu

Memang wajib dihias ke dan hiasan dia boleh tak nak request sendiri? Brownies yang disusun tinggi-tinggi, kalau biarkan togel macam tuh, tak bermakna dik. Baik saya letak dalam kotak talam je. Yes! Brownies Tower nih cantik sebab dia makeup. (macam manusia lah. Eh?) Dan dear cust yang berminat dengan Brownies Tower, awok boleh request nak topping apa. Kalau dalam gambar ini ada Nutella (sumpah xkedekut), Strawberry, Kinder Bueno, m&m, kacang. You can put anything on it (salted caramel, coconut flakes, cornflakes, kitkat, cheese anythingggg). Kalau nak rare letak cili burung ((omputih suka combinekan flavour coklat dengan cili apa))

Takut nak order sebab… HARGA? Okay you know what, macam inilah. Saya suka comparekan harga brownies saya dengan yang lain. My customer je tahu. Anis’s Brownies menawarkan brownies dengan harga terendah! So this tower tidaklah terlalu mahal In Shaa Allah. Dahla tantek, murah pulak tu. Tak takut rugi ke chuolls? ;)

Oh btw, Hari Ibu kan nak dekat? Bosan lah asyik kek ja. Why not try Brownies Tower? Hahaha
Open order untuk Raya juga.
Just let me know,
Maceh baca!
Ws 0122652514 sebelum terlambat




 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Tuesday, 6 March 2018

Student Kecik's STPM Result

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum, !
Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Alllahuakbar
Tiada kata kata yang mampu aku gambarkan sekarang nih.
Hanya mampu mengalirkan air mata sambil menghupdate blog dalam kereta
Otw nak ke Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam

Tempat aku tinggal kat asrama sana
Selama setahun setengah

6 Mac 2018
Selasa
Result STPM 

Allahu..
Alhamdulillah terima kasih Allah

Hadiah untuk emak, abah
Puan Junaidah Mansor & En. Mohamad Nor Mohd Yussoff

Hadiah buat cikgu cikgu KiSTARP
Puan Rostiyah Sarnin, Puan Ramnah Abdullah Sani, Puan Salina Derased, En.Jussery Jamil, dan Madam Hayati Hashim

Tamat sudah perjuangan tingkatan 6 aku.
Alhamdulillah :)
Doakan aku dapat universiti dengan course yang selayaknya
Mendapat kerjaya yang baik. 

Cita-cita aku?
Guru
Menyebarkan ilmu kepada anak bangsa
Aamiin! 



 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Sunday, 4 March 2018

It's 2018

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum and helloevelibadi yang sudi baca blog krikkrik ni lagi. Huhu
Ada ke? T_T

So now my age is 20
Hell yeah aku dah doploh tahun kau
Lagi 10 tahun 30 dah
MashaAllah tuanya

Okay taknak cakap pape pun sebenarnya.
Nak payung gambar 2017 ja haha
Malam annual dinner MPP KiSTARP and 
malam nih je weh aku cantik. Sumpah




This explain "heh ko hado?"








Ok bye
Tah hape hape bukan? ;P

 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?