Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tinggal Zaman Online Memanjang


Assalamualaikum. Budak sekolah macam aku ni, mesti rasa sedih kan sebab nak sekolah. Yelah, dah sekolah kita jadi busy. Busy dengan apa? busy dengan homework tigapuluh tingkat, busy dengan exam, busy dengan folio dan beribu-ribu busy lagi lah. Sibuk nya macam menteri pulak. Tapi takpe, kalau nak mudah, kita fikir je kita lah manusia yang paling bertuah sebab dapat pergi sekolah. Ada jugak orang yang kurang bernasib baik. Pergi sekolah nak menimba ilmu untuk masa depan kita jugak kan?

Errgh, dah start ceramah budak kecik ni -.-

Dalam aku rasa sedih, tahap malas aku dah sama taraf tingginya dengan menara KLCC. Jadi jangan ambik saya sebagai menantu anda.Malas-malas, aku rindu jugak nak jumpa, tatap wajah-wajah yang aku sayang. Mestilah kawan, cikgu, makcik-pakcik kat sekolah tu. Rindulah, dah berapa juta tahun aku tak jumpa. Huk huk rindu lahh

Semalam aku baru dapat tahu yang aku turun kelas. Kelas kedua. Sedih? Tahap kesedihan aku sama taraf dengan tinggi jari kelingking aku. Kalau nak tahu, itulah doaku sejak aku masuk kelas pertama. Pelik, kan? Ada ke aku doa nak masuk kelas kedua. Ouh, tapi aku sayang lagi kelas kedua daripada kelas pertama. Banyak kenangan aku kat kelas kedua tu time aku form one tahu. Kan Allah dah makbulkan doa aku. Haa masuk lah kau anis dalam kelas kedua :') HIK HIK

Dan last sekali, aku nak ucapkan selamat bersekolah, selamat berkerja, selamat tahun baru Semoga kita sentiasa diberkatinNYA. insyaAllah.

"Hanya nak ucap, HAI followers Student Kecik. Saya sayang awak"

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Design Blog Berubah Sempena Tahun Baru


Assalamualaikum.
Selamat tahun baru aku ucapkan :) Malam tadi konon-konon nak update blog sempena tahun baru tapi ada problem sikit. HUHU. Balik tajuk, Alhamdulillah, baru bersemangat sikit aku nak berblogging. Blog sudah berubah menjadi warna warni! HIHI . Suka-suka..

Warna pink ada, warna kuning ada, warna biru ada, warna coklat ada..
Kira macam² ada . Haha kau hado? Cewah :P
Dulu kan, time aku first² berblogging, aku guna link hover berpelangi camnilah.
Tak sangka pisang berbuah dua kali =') HAHA

Semoga blog aku ni berubah menjadi warna soft² gitu,
tuan nya pun berubah menjadi soft² jugak. Eh eh ?
Anyway, aku nak ucapkan ribuan, jutaan terima kasih kat adik Faqihah kita ni.
Aku ikut tutorials dia pulak kali ni. Tenkiu tenkiu 

♥ U LAH FAQIHAH HUSNI ♥ HIHI


THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?