Sunday, 6 July 2014

Diary Abang Gemok

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 
Mempersembahkan


nama titew temok. Ehem ! Dah kenapa suara macam bapok ni. Oi, panggil gua Enchi Gemok. Gua kucing paling gengster dalam anak branak gua. Cuma suara gua terlebih picing ziana zain. Umur gua baru 7 tahun 7 bulan so ingat lah beday gua bulan 10 nanti. Gua nak lu  bagi gua makan ikan paus fresh dari Laut Antartika kalau tak gua tak terima. Ehe demand seh


Jangan terpedaya dengan ayat rock gua ya. Dalam pelusuk jantung gua ada taman cinta bunga bunga mewarni beb. Ni lah muka manja gua. Sebab tu gua sekarang dah ada 19 ex. Hati hati, jangan tergoda dengan gua sudah ok. Gua tak layan strangers2 ni. 

Yang anak mat salih buntut hitam tu anak buah gua. Time ni memang gua belum matang lagi, beb. Gua suka pandang menyampah dekat anak mat salih ni. Dia ni sekarang dah merampas takhta gua dari kecik. Memang gua rasa nak cakau cakau je leher dia ni. Nanti2 la gua suruh tuan gua upload gambar Bruce. Die tak famous.


Ni pulak wajah gua time kecik kecik dulu. Sorry la kecil. Dah time kecil, gambar kena kecil lah kan. Innocent habis beb. Memang time ni gua nak tuan gua belanja Whiskars dalam tin tuuuuuu. Tapi dah tuan gua kekwat ngan gua jadi apalagi memang gua buat mata guli laa kan. 

Gua ada 3 ekor anak buah. Bruce, Kurus & Black. Ada 2 ekor adik. Lee & Uj (uteh junior) adik adik gua semua ikut bulu gua dan adik perempuan gua yang berbadan gua kini. Tahniah dik. Dan. Gua ada mummy yang sekarang ni hormon tengah biul biul garang. Momey 

/ Penghabisan diari \

Menurut tuan gua

Gua ni hensem
Gua ni gendut
Gua ni comel
Gua ni cerewet
Gua ni penakut

Tapi yang penting

Gua tetap teristimewa


Aku sangat lah kekeringan otak nak update apa. 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

Saturday, 28 June 2014

Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Bangun sahur.

Aku kalau ada telur dadar dengan kicap mood makan aku pepagi boleh masyuk.

Niat puasa.

Mesti lah niat, kan. Tapi kan, aku ni jenis yang, 
Situasi 1 : "Eh aku dah niat belum?" 
Situasi 2 : *lepas sahur* *tidur* *bangun tidur*  "Tadi aku niat tak? Tak ke? Niat ke? "
Nyanyuk tahap buduss

Pergi Sekolah.

Datang-datang je sekolah en aku terus duduk dekat barisan kelas. Pastu borak2 gelak2 sewel2 kejap. Kalau kerja sekolah tak siap buat kat situ. Eleh macam kau tak pernah. Hehe. Bulan puasa ni, aku datang je kat barisan aku nak diam. Haha okay duster-duster belaka.

Dalam Kelas.

" assalamualaikum cikgu .. "
" selamat sejahtera tera tera cikgu .. jj "
" good m..morning teaher .. "
" manekem .. "
" sawadikap kap cikgu kap.."

Baca sambil buat muka beby face

Perkara biasa kan. Kalau time belajar je mesti ada orang hentak /* baring kepala atas meja. Kalau cikgu nampak, start la mata pelajaran baru. Haih, aku cakap apa ni --' Budak kelas aku akan kependiaman atau tidak eh? 

Mari lihati siapapi yangi ketidurani ketikai belajari

Balik sekolah.

Aku antara dua je. 

@ balik sekolah terus baring. Stokin masam2 tu dibawa mimpi indah bersama

atau

@ Makan. ahaha hang percaya hang toyol

Tahun ni aku petang busy sikit. Bukan duduk rumah, jadi bulan puasa ni kena tambah energyzer sikit kan. Eh kau pikir aku battery? 

Nak Dekat Berbuka.

Ni yang syook. Dah pukul 7 lebih tu aku mula lah masuk bazaar jenjalan sorang-sorang. Biasalah, forever alone. Kalau jumpa kawan mula lah kawan tu BerHai Hai Bai Bai kat aku. Eh bukan lah. Cerita bo'ong ni. Jangan percaya. 

Dah nama jalan sorang, sorang kan. Tak terasa keseronokannya. Aku ni pun jenis yang mudah gelabah , Pastu tak bijak pulak tuh nak berkata kata. Suara pun takde kan, tinggail beberapa titisan airliur je. Aku biasa beli Nasi Tomato, kalau takde rezeki Nasi Itik. atau Nasi Lembu.  Tersedak aina. Haha lawak bodo. 

Berbuka !

Ini semua hanyalah penulisan dari seorang insan biasa. 
Segalanya telah ditetapkan oleh Allah, kerana Allah merancang yang terbaik untuk hambaNya.
Sekian, ku undur diri. Tit...tit...tit... lori undur

Bye assalamualaikum


 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?