Alhamdulillah, akhirnya dah cakap kat Abah aku dapat nombor berape dalam kelas :) . Takut untuk bercakap dengan mak . Jadi, aku mengambil keputusan, cakap kat Abah je masa iron baju tadi . Ku gagahi juga untuk berbicara dengan Abah . Takut nak memandang muka Abah, aku cakap sambil mensterika baju . Emak keluar ada dinner . So, aku mengambil peluang ni nak cakap dengan Abah . Ahh .. tapi nanti emak akan tahu juga keputusan peperiksaan pertengahan tahun aku . Hari Jumaat nanti ada Hari Terbuka dan pasti aku akan bermimpi ngeri pada hari itu . So scareed ~
Seperti yang telah disedia maklum, aku hanya mendapat 3A 4B 1C .
Adakah itu bagus dan mencukupi ?
Semestinya, tidak aku katakan . Aku terlalu leka dengan laman sesawang . Aku rasa aku khayal di alam siber . Bukan hanya Facebook, malah blog dan twitter juga menyebabkan aku terlalu leka . Aku selalu berdoa supaya aku tidak terlalu khusyuk ketika melayari internet . Tetapi, aku tidak berusaha untuk menjauhi nya .. Adakah hanya dengan berdoa, aku akan berjaya dalam pelajaran ? Nope ..
Pernah tak terfikir untuk berhenti memikirkan blog demi pelajaran ?
Jujur aku kata, ya . Aku pernah nak berhenti memikirkan tentang blog, facebook dan twitter, tetapi disebabkan nafsu yang menggila dan dihasut oleh syaitan, aku tidak fokus dalam pelajaran . Aku telah menghampakan emak dan abah . Aku berasa malu dengan kawan-kawan yang lain . Aku malu dengan diri sendiri . Kini aku tekad, aku nak 8 A dalam tangan dalam peperiksaan akhir tahun nanti ! Ya .. ! Aku ingin membanggakan emak dan abah . Aku ingin belajar bersungguh-sungguh !
InsyaAllah, Dengan Izin Allah S.W.T
There are no secrets to success . It is the result of preparation, hard work, and learning from failure . ☺
2 comments:
Ok letew , caiyooo ! Usaha lagi ! key !! Boleh punya !
@✉ ¥ana Fauzi ✉ thanks sgt ! =) Insyallah
Post a Comment