Thursday, 30 August 2012

SENGGUGUT !

Assalamualaikum .
Punca Senggugut.?
Dari segi islamik - Senggugut( period pain ) adalah kesan cakaran iblis pada rahim wanita.

Perubatan - Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Kesakitan berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan dan ada yang mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.


PETUA DAN DOA
Bacalah surah An- Nahl ayat 69 pada madu. Minum dan amalkan dengan yakin Allah swt Maha menyembuhkan.
ثُمَّ كُلِي مِنj كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
***************************  
MasyaAllah .
Kalau aku kena senggugut .
Meraung-raung . Tergolek-golek je atas katil .
Sampai lah mata ni letih dan tertidur .
Selalunya, kalau aku kena angin senggugut ni aku akan makan ubat pil .
Mak suruh bagi nak melegakan . 
Semalam seharian tak makan . Makan benda ringan je .
Biasanya, aku kena 2 hari je . 
Semalam menangis-nangis aku . 
Hanya perkataan “Sakit, Ya Allah” yang aku sebut .
Hanya aku dan Allah saja yang tau sakit tu macam mana .
Tersangat lah sakit dan aku rasa macam nak cucuk2 je perut ni .
Dan sebab itulah jugak menjadi salah satu alasan untuk aku
tidak hadir ke SEKOLAH hari ini .
Best memang lah best, tapi kena senggugut lagi ni - -'
Sabar je lah . Tapi hari ni aku tak kena buat present KH !
Baca di entry ni . Hoho T^T . Bye .
So lepas ni kalau kaum hawa diserang senggugut .
Baca ayat ni pada air madu dan minum .

ثُمَّ كُلِي مِنj كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Juga kena yakin yang Allah maha menyembuhkan .
InsyaAllah :)


THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

2 comments:

nursuriani said...

nice info! saya memang ada sengungut neh! huhuhu

Student Kecik said...

@Sue PeLik Thanks. Minum lah air madu :) hehe