Saturday, 28 June 2014

Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Bangun sahur.

Aku kalau ada telur dadar dengan kicap mood makan aku pepagi boleh masyuk.

Niat puasa.

Mesti lah niat, kan. Tapi kan, aku ni jenis yang, 
Situasi 1 : "Eh aku dah niat belum?" 
Situasi 2 : *lepas sahur* *tidur* *bangun tidur*  "Tadi aku niat tak? Tak ke? Niat ke? "
Nyanyuk tahap buduss

Pergi Sekolah.

Datang-datang je sekolah en aku terus duduk dekat barisan kelas. Pastu borak2 gelak2 sewel2 kejap. Kalau kerja sekolah tak siap buat kat situ. Eleh macam kau tak pernah. Hehe. Bulan puasa ni, aku datang je kat barisan aku nak diam. Haha okay duster-duster belaka.

Dalam Kelas.

" assalamualaikum cikgu .. "
" selamat sejahtera tera tera cikgu .. jj "
" good m..morning teaher .. "
" manekem .. "
" sawadikap kap cikgu kap.."

Baca sambil buat muka beby face

Perkara biasa kan. Kalau time belajar je mesti ada orang hentak /* baring kepala atas meja. Kalau cikgu nampak, start la mata pelajaran baru. Haih, aku cakap apa ni --' Budak kelas aku akan kependiaman atau tidak eh? 

Mari lihati siapapi yangi ketidurani ketikai belajari

Balik sekolah.

Aku antara dua je. 

@ balik sekolah terus baring. Stokin masam2 tu dibawa mimpi indah bersama

atau

@ Makan. ahaha hang percaya hang toyol

Tahun ni aku petang busy sikit. Bukan duduk rumah, jadi bulan puasa ni kena tambah energyzer sikit kan. Eh kau pikir aku battery? 

Nak Dekat Berbuka.

Ni yang syook. Dah pukul 7 lebih tu aku mula lah masuk bazaar jenjalan sorang-sorang. Biasalah, forever alone. Kalau jumpa kawan mula lah kawan tu BerHai Hai Bai Bai kat aku. Eh bukan lah. Cerita bo'ong ni. Jangan percaya. 

Dah nama jalan sorang, sorang kan. Tak terasa keseronokannya. Aku ni pun jenis yang mudah gelabah , Pastu tak bijak pulak tuh nak berkata kata. Suara pun takde kan, tinggail beberapa titisan airliur je. Aku biasa beli Nasi Tomato, kalau takde rezeki Nasi Itik. atau Nasi Lembu.  Tersedak aina. Haha lawak bodo. 

Berbuka !

Ini semua hanyalah penulisan dari seorang insan biasa. 
Segalanya telah ditetapkan oleh Allah, kerana Allah merancang yang terbaik untuk hambaNya.
Sekian, ku undur diri. Tit...tit...tit... lori undur

Bye assalamualaikum