Saturday, 27 October 2012

Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum.
Happy raya korang? Aku happy sebab dapat balik kampung nenek.
Bila aku duk kat kampung nenek, mesti berat aku naik T-T
Kalau duk sebulan, mahu jugak naik 20 kilo. HIHI
Aku and family bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi raya tuw.
Pastu sampai kampung dalam 40 minit.
Biase lah, kampung aku dekat-dekat huuu -..-
Dua-dua dekat Selangor. Satu Tanjung Karang, satu Sg. Tengi.
*---------------*
K, sampai kampung, sedara aku yang lain sedang menghadap.
Menghadap apa? HEHE, mesti lah makanan. Rendang ada nasi impit ada..
Sampai-sampai tu aku tak pike ape dah selain .. makan. *kahkah* 
And, makan time pagi, makan time tengah hari. Perut aku kata "stop lah makan tuw!"
Aku buat dek je perut tu meragam. Sumbat lagi sumbat lagi *keluar tanduk 5 inci* 
"Brrrkk". Mencicit cicit aku lari ke toilet belakang --> luar rumah.
Dan akhirnyaa ........... some text missing.
Heeheheh, ok lah babai! Tapi sebelum tu, sempat lagi kan aku ucap Salam Aidiladha dekat korang
Salam sikit!
Lepas breakfast, kitorang salam-salam. Dapat jugak aku duit raya daripada nenek!
Haha, kau hade? T^T
P/S : Sorry ek pakai aku segala .

Thursday, 25 October 2012

Freebies Doodle Freehair #3

Assalamualaikum dan hai :) Sihat? Kalau tak sihat, nak anis bagi buah tangan. Siapa sihat tu buat-buat lah tak sihat :P *Merepek! Hehe, okay lah, anis cuba lukis doodle freehair. Bom bom bom! Alhamdulillah, jadi! Nah hadiah, sila ambil kalau sudi, kalau tak sudi sudah xP

Tuesday, 23 October 2012

Link Url Blog Saya Ditukar !

Assalamualaikum . Helo-helo
So, tajuk tu cakap blog anis nie dah ada nama baru ke !?
Apekah ? T-T
Tapi betullah tajuk tu tak tipu korang. Dia puasa hari ni.
Haa, hape bisik-2 tu ingat kami tak dengar ka?
Wey, wey, jangan lah kata aku ni gedik bubuh nama "studentkecik". Hihi :D
Aku buh nama aduduvsalienpink tuh macam blog ni blog budak darjah 2 tau!
Tu yang berubah jadi student tu. Ceyy, dengar ni macam aku dah masuk U pulak.
Aku masih belajar di sekolah menengah so tak salah kan? Hihi :D
Ok lah daripada adudu tu.. Nak sebut dekat orang pon malu malu alien :p
TATA! Delete nama aduduvsalienpink kepada studentkecik ok? Hehe
Adios. Mau ketiduran

Sunday, 21 October 2012

Petua Memerahkan Bibir

Assalamualaikum kum kum ....

Di sini anis ada nyatakan beberapa petua untuk memerahkan bibir di samping bertujuan untuk kelihatan ceria dan wajah tidak bermuram durjana umpama menyedut kentut orang yang tidak kentut selama sebulan 14 hari.. Kepada sesiapa yang tidak yakin keluar rumah tu disebabkan bibir suram, try lah buat petua ni dan InsyaAllah berhasil. Cuma perlukan usaha dan semangat sekuali atau lagi bagus gunakan kuali kacau dodol. Ianya lebih besar dan luas. Kui kui, so jom tengok petuanya!


Petua1.

Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur. Insyallah ia berkesan.

Petua 2.

Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. Bila masa pulak semut tuh nak naik, mungkin kita tidur kot??

Petua 3

Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Dah lepas tuh jangan makan apa-apa ketika masa ini, kalau tak kesannya kureng lah kan.

Petua 4.

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah. Tuh dia

Petua 5.

Hampir sama seperti petua ke4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari dirumah. Kemudia hasilnya bibir akan nampak merah dan sedikit jingga.

anis tak biasa pakai madu sebab, takut time tidur ada serangga2 kecil menyerang.
Wajib ni! Guna ubat gigi yang halal, lagi suci dan murni.

Peringatan sebelum menutup tirai :
  1. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran .
  2. Jika anda merokok, lagi bagus berhenti.
  3. (Wanita) Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik berada di bibir.
  4. Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
  5. Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
  6. Gunakan pelembab bibir yang mengandung tabir surya untuk siang hari. Untuk menjaga kelembapannya, alirkan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
  7. Sebolehnya pakai lip balm setiap hari. Kalau nak keluar, digalakkan pakai. Sebab tak mahu panas matahari tu kena bibir yang cantik tuh. Nanti mula lah nak kering and pecah2. (Ehem2x) Lelaki pon boleh pakai lip balm okay? bukan perempuan sahaja.
Dan InsyaAllah hasilnya sebegini rupa :
Cun bukan? Ibarat bibir Angelina Jolie...So apa tunggu lagi? Bertindak segera sebelum terlambat. HAHA

p/s: Sebolehnya Gunakan bibir mu yang cantik dan seksi itu ke arah kebaikan seperti sentiasalah ucap kata-kata yang elok, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain. Banyakkan berzikir. Subhanallah.

Sumber : petua nenek, mamacantik, petuawebs, petua.org dan zikrihusaini.

Esok Sambung Exam -_-

Assalamualaikum kum kum ...
Esok periksa Seni kertas 1 dan kertas 2. So sekarang ni anis tengah prepare kertas dua dulu. Cari lah sample soalan di pakcik google yang teramat lah baik *tangan dibahu mata keatas* Kembang kempis pakcik dengar anis puji. Kertas satu terasa tak ada mood nak ulangkaji. Mampus kau lah anis, esok kau yang jawab. Hehe.
Ni muara sungai ke ek? Nanti nak lukis ni lah -,- credit gambar : sini

Lepas hari Isnin, hari apa? Hari Selasalah *ni pon nak tanya -_-. Hari Selasa cer teka periksa apa? Hee, hari Selasa lah hari yang anis palinggg suka! Sebab apa? sebab ada periksa Sejarah. HAHA, dengar anis ni macam pandai sangat bab-bab Sejarah. Pandai sangat sampai dapat D *tangan di bahu mata ke atas* Tapi tak apa lah, yang lepas biarlah berlalu, yang akan datang lakukan dengan terbaik :) InsyaAllah....

Hari Rabu periksa apa pulak ni? Hmm, maybe agama dan Ictl kut. Wuuu, hari weh, agama form 1 dan form 2 kawe dok baca lagi ni.. Nanti lah kawe bace. Tetiba loghat Kelantan ni kenapa? Tau lah semalam bola Kelantan menang T^T

Khamis dan Jumaat hari apa? Hehe, Hari Raya Haji! So periksa ditangguhkan. Tapi cuma 2 hari aje. Hari Isnin tu dah beriksa balik. Periksa BI dan Geo. Hafal lah tema, karakter tu semua :) Naik pecah kepala ni. Selasa pulak Math, dan rabu pulak Sciece sebagai penutup tirai peperiksaan akhir tahun. Semua yang anis dah baca yang last-II je, tapi yang belum baca depan-depan pulak :P  Hmmm.. dan hmmm dan hmmm

Ntah lah kenapa anis letak gambar ni.. Btw, tu lah baju raya anis yang warna pink tu. HAHA :P Bye

Saturday, 20 October 2012

Doodle Menggilakan !

Sekarang perlawanan ATM dan Kelantan. Now dah (2-2) memang ni lah perlawanan final yang sebenar. Tapi anis tak nak tengok, nanti kalau Kelantan menang anis akan hilang kawalan dan akan berkurung di dalam bilik nyanyi lagu "gomo kelate gomo" HAHA -_- *talking nonsense!

Assalamualaikum kum kum .......

Alhamdulillah, akhirnya anis dah tau macam mana nak mencomelkan lagi rupa doodle-II ni. HAHA! Bestnya, sampai naik gila anis mendoodling. Dari petang tadi sampai lah ke malam asyik dating dengan Paint Tool Sai je, pakwe lama (Photoshop) ditinggalkan. Betapa tajam nya ex-pakwe saya merenung saya dating dengan PTS :P Wheee.... tapi anis dengan Photoshop still ada deal lagi. Dia lah yang tolong anis transparentkan eemm, transparentkan ape eh? Btw, sayang kedua-duanya*menyampah

Memula, tadi anis bukak blog enna yang fasal mendoodling tuu, lepas tu anis tengok lah doodle dia. Oh My Gucci! Comel sangat sebab ada shining-II tu. Lepas tu dia bagi link dekat mana dia belajar buat doodle comel, dekat blog Azzahsaid :) Terima kasih ku ucapkan. Terasa lega tiba-II

Jeng jeng jeng jeng! Tapi diingatkan, doodle anis tak comel! Jangan bersemangat sangat nak tengok tau tau tau. Nanti malu pulak .... huhuhu. Ni doodle untuk enna. Dia pengawas pusat sumber so anis buat lah baju dan tudung nya warna hijau. Hihi, sorry tau kalau buruks. Baru practise ni..eehee
Nak tengok magic tak? Tak delah magic sangat.. doodle ni nampak lebih shining. Ala ala belon gitu >.< cute
Doodle epal pon nak menyibukkan diri jugak! So here it is :)
Yang bawah ni pulak, saja anis nak try buat doodle freehair. Dan ni lah hasilnya. Amat sombong dan amat juling jika dilihat dengan lebih terperinci xD

And, for the last...... doodle couple tapi diri jauh jauh sebab dekat dekat nanti ada orang ketiga merasuk dan melakukan perkara yang tak elok. Hahaha~
Yang perempuan tu syok sendiri. Perasan comel je padahal mata pakai maskara dan celak setebal tebalnya. huh! Nanti kalau ada masa lagi anis nak lukis muka kawan kawan anis yang comel comel tu pulak. Bye

Wednesday, 17 October 2012

Freebies KPOP cusor Boyfriend


Assalamualaikum semua, hi :)

Emm, nak kata anis ni minat kpop tak lah minat sangat, cuma suka dengar lagu dia je. Mana tahu nama nama kumpulan bofriend ni? Hee, anis ambil nama daripada blog kak tiqah. Sorry lah, anis tak hafal nama nama kpop ni. Well, setahu anis ramai yang minat kpop, kan? Haa, malam ni anis tak ada nak buat pape, bagi frebies cursor kat korang.
Please kabor kabor kan lah kalau dah ambil.

Untungnya, blog ni banyak artis masuk!

Assalamualaikum dan hi *muka berseri*
Haa, nak tau tak blog cabuk anis nie ada artis masuk. Bukan seorang, bukan dua orang, tetapi lebih 4 orang :P HAHA, ok lah tanpa melengah kan masa, meh ceq habaq ! Kalau nak tau, korang kena bukak cbox anis. Tak jumpa eh? Takpe nanti anis buat besar 10 kali ganda daripada ahli sumo. Tu dekat atas navigation tu, tekan dekat "chat here" tu. Klik klik, nanti ada pop up cbox anis, kan? Tadaa

 
LOL :P Suka nya suka nya. Sebenarnya ada lagi, tapi nanti korang jeles pulak
Nak tau rahsia artis masuk ke dalam blog? Mudah je, jangan update berbulan bulan dan jangan blogwalking sana sini, dapat lah benda ni ^^ Senang, kan? So, apa tunggu lagi, cepat lah buat ! *hahaha*

#Anis confirm, blog korang pun ada artis masuk, kan? Hikhok :P p/s : kredit kepada makcik nie untuk gambar.
Saja mereka cerita untuk mengelentong korang di pagi yang mulia ini. Bai bai

Sunday, 14 October 2012

Jiwa Kacau !

Mesti dimulakan dengan gambar berkembar eh? -,-

Assalamualaikum dan hi ! Eh kata anis tak nak update dah, tunggu lepas exam ? LOL :P Argh! Perasaan anis menggebu-gebu nak update. Meronta ronta ni, tengok blog ni kosong, kosong je! Nak tau cuti ni anis buat apa? Heh, berdepan dengan buku yang bertimbun 10 kali ganda besarnya daripada ahli sumo. *haa tipu dia* Memang nak pecah kepala ni asyik asyik dating dengan buku je. 
Eip, jangan curik gambar ni (!)

Seriously, itulah pakwe saya yang menemani saya selalu :P pakwe, pakwe, pakwe. Saya bangga pakwe saya 10 kali lebih besar daripada sumo. Mengarut dah? Haha, k lah anis tak boleh lama lama. Nak pergi release tension beli ice blended. Bai bai

Copppp! Back to ur topic. HAHA, korang dah tengok cerita Jiwa Kacau? Best sangat

Sunday, 7 October 2012

Entry Terakhir : Boleh Tolong, tak?

Assalamualaikum dan hello kakak-II, abang-II dan adik-II yang cantik, cun, handsome, comel sekalian. Ini entry terakhir anis sebelum masuk final exam. Esok anis dah start tak nak post, edit, bukak blog, facebook dan twitter demi peperiksaan akhir tahun T^T Sedih tu mesti lah sedih. Tapi, lepas exam, anis bukak balik. Hehe, okey lah anis nak straight to the point.

Pertama, anis nak minta tolong bagi lah pendapat dekat anis, blog ni nak kekal jadikan classic template/blogskin ke atau jadikan template designer/simple template? Citarasa anis memang berubah-rubah. Anis nak kekalkan sesuatu template tu *ceh. Tolonglah anis .... kalau korang rasa itu yang terbaik, cakap je :)

Kedua, anis nak exam ni, anis nak minta maaf jika ada para bloggers yang sakit hati dengan perangai anis, cara anis menulis, dan sebagainya. Selama 11 bulan anis dalam dunia blog, kalau ada yang tidak puas hati dengan anis, cakap je. Dan lagi satu, tolong doakan anis menjawab kertas periksa nanti boleh? Anis pon doakan korang jugak :')

Hanya dua perkara saja yang anis nak minta tolong daripada korang. Akhir kata, maafkan segala salah dan silap anis. Memang anis bukan nak ambil periksa PMR, cuma periksa akhir tahun. Anis tak tahu kenapa anis menjadi begitu takut dengan periksa kali ni. Mungkin takut akan dapat gagal lagi kut. Sampai sini saja, assalamualaikum semua. Bye-III
I will miss my blog! :')

Saturday, 6 October 2012

Lepak Petang petang

Assalamualaikum dan hello semua orang :D Petang tadi anis dan Syafiqah lepak berdua, jalan jalan, pusing pusing bakawali, tangkap gambar segala. Ngeh ngeh ngeh! Ni lah gambar gambar kitorang.
Okey lah bye nak tengok Anugerah Blockbuster. Ada SleeQ buat persembahan woo!


Freebies Header Part 5

Assalamualaikum dan hello semua. Dah lama anis tak buat freebies header untuk follower anis. So, siapa yang bukan follower anis tu tak boleh ambil header ni. Saya gurau je lah! Header ni simple je, doodle tu anis ambil dari blog kak tiqah dan eyra rawrrr. Terima kasih banyak banyak. Ayat tu aje yang lain tapi susunan doodle dia sama je. Pelangi tu original made by me. Ada warna yang soft, ada warna yang garang. Eh lupa pulak, credit tau kalau ambil header ni. WAJIB komen awak. Boleh re-freebies tapi pastikan ada nama saya ye...Sekian, harap maklum
http://i.imgur.com/yPab1.png
http://i.imgur.com/k3tV6.png
 http://i.imgur.com/4X9as.png
 http://i.imgur.com/7nTDn.png
http://i.imgur.com/wj9cM.png

Wednesday, 3 October 2012

Minggu Depan InsyaAllah Saya HIATUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para bloggers dan yang sewaktu dengannya. Minggu depan, saya cuti seminggu sebab PMR dan waktu cuti tu InsyaAllah, saya study, buat latihan banyak-banyak dan..... tak akan update blog. Itu janji saya sampai lah habis exam. Saya tak nak turun kelas atau dapat markah yang teruk macam UP2 haritu. Sedih T^T Math pon saya boleh fail. Dan mungkin inilah entry yang terakhir sampai lah tamat final exam. Wah, dengar macam nak nangis jee )": Saya minta maaf kalau-kalau ada yang terasa dengan percakapan saya (eh ade ke percakapan?) dan perbuatan saya. Saya minta maaf jika awak dah lama follow saya tapi saya tak follow lagi. Saya tahu saya over ketika menulis. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, kan. Awak, sorry tau kalau ada buat awak sakit hati. Saya betul-betul minta maaf. Doakan saya semasa menjawab paper exam tak cuai, termenung, salah spelling, nyanyuk dan sebagainya. Amin.

Saya Anis Farina Bt Mohamad Nor pelajar tingkatan 2 Ikhlas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 ingin meminta maaf dan halalkan segala tutorial anda. InsyaAllah, saya akan follow awak balik selepas exam. Dan saya nak undur diri pergi makan nasi. Bye-bye! Jumpa nanti.