Sunday, 30 September 2012

Antara Kawan dan Cinta ?

KAWAN? Semua orang perlukan kawan. Maybe saya pernah update tentang kawan so I don't want to talk much about friends. Just want to say friendship is everything. Friendship can't pay with money and whatsoever. Find our friends is like a camera. Focus on what important and you'll capture it perfect! Do you get it? I don't know why today I am so weird -..- (test speaking) Okay, I want to ask you one question, if you have boyfriend/girlfriend/couple, and you don't have any friend. If your couple leave you alone, who you want to go? Pray to Allah, back to your family and ..... looking for your friends. Am I right? 

(cakap Malay) Kalau di sekolah, misalnya kita sakit, siapa yang susah hati? KAWAN! Mesti kawan yang susah hati. Confirm lah. Diorang lah yang bersusah payah menolong kita. Okay, saya pernah sakit di sekolah. Kawan-kawan saya yang bantu saya dan saya amat menghargainya. Diorang temankan saya sepanjang masa. Jasa mu akan tetap ku ingat, kawan ku :') Allah saja yang dapat membalasnya.


CINTA? Macam mana pulak dengan cinta? Umat Islam, cinta kita kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W, cinta kepada kedua ibu bapa dan selebihnya. Kepada yang masih bersekolah seperti saya, maybe kita perlu lupakan soal cinta kepada rakan sebaya/satu sekolah. Zaman sekarang, budak darjah 1 pun dah ada yang bercinta. Cuba fikir, kalau kita bercinta, atau kita minat gila-gila dekat dia. Tiba tiba dia mintak putus atau dia ada orang lain. Kita jadi apa? Jadi gila ek? Pelajaran pun jadi apa? Jadi tunggang langgang kerana kita FRUST! Frust kerana cinta tidak berbalas, frust kerana dah memberikan sepenuh jiwa raga kepada dia. Akhirnya ditinggalkan.

Terasa janggal pula saya menyebut tentang cinta memandangkan usia masih terlalu mentah untuk merasakan nya. Saya tidak pernah bercinta. Secara jujurnya, memang saya menyukai seseorang dalam diam. Semua orang ingin rasa di sayangi, betul? Tapi kita tetap boleh kawal perasaan yang hadir tanpa diundang, kan? Apa yang penting sekarang, masa kita belajar, belajar betul betul sampai dapat ijazah. Masa kita kerja, kerja betul betul sampai gaji lebih dari doktor. Masa kita main, main betul betul sampai menang. Masa kita bercinta, kita bercinta betul betul sampai....? Eheee, tak mahu sambung dah, letih nak taip. Bye dan assalamualaikum.

Saturday, 29 September 2012

Koir ♥2012♥

P/S Entry bergambar. Maybe loading lama sikit
Assalamualaikum, hi. Pagi tadi saya ada koir sempena konvokesyen form 5 dekat sekolah. Alhamdulillah, selamat dah melalak depan pakcik makcik dan pelajar pelajar form 5. Lepas habis majlis tu, siapa yang tak balik lagi tolong cikgu kemas dewan. Pergh! Letih habis. Yang saya geram nya, why kitorang yang koir je kena angkat kerusi, kutip sampah, angkat meja, bunga and what so ever? Yang "abang abang hensem" form 5 tu apesal tak tolong? Ade lah jugak 2,3 orang yang tolong kitorang angkat kerusi tapi yang lain, tangkap tangkap gambar pulak. Naik semak mata tengok diorang. Sabar jelah, yg penting ikhlas, eh?

So, here our photos. Alia upload tadi. Terima kasih lah kepada saya kerana memaksa dia mengupload cepat cepat..eh? Haha. Kitorang tangkap gambar belakang dewan. Biasalah, dah habis menyanyi. Biar gambar yang menceritakan betapa cute dan happy nya kumpulan koir sekolah!
Itulah ustaz Sufian. Guru koir

Friday, 28 September 2012

Tutorial Twitter di Blog

Assalamualaikum hi orang-orang sekalian. Well, esok saya ada koir menyanyi depan ibu bapa dan pelajar-pelajar form 5. Huaa, gerun nya hatiku ini. Doakan saya berjaya menyanyi tanpa ada penyakit parkinson, boleh? Hehe, okey, twitter widget tu macam mana? Macam ni lah. Malam ni saya bosan jadi saya saja nak share kepada sesiapa yang tak tahu nak buat. By the way, saya belajar dari akak biologi
So beginilah caranya :
Untuk template designer, copy kod di bawah dan paste di dalam Html/Java Script
<center><script charset="utf-8" src="http://widgets.twimg.com/j/2/widget.js"></script>
<script>
new TWTR.Widget({
  version: 2,
  type: 'profile',
  rpp: 2,
  interval: 30000,
  width: 170,
  height: 100,
  theme: {
    shell: {
      background: '#ffffff',
      color: '#ccd0ed'
    },
    tweets: {
      background: '#ffffff',
      color: '#999',
      links: '#6CC8CB'
    }
  },
  features: {
    scrollbar: false,
    loop: false,
    live: false,
    behavior: 'all'
  }
}).render().setUser('Username anda').start();
</script></center>
Untuk blogskin pula, copy kod atas tu dan paste di mana-mana yang nak letak. Huhu

Merah : bilangan post
Biru : warna link, tulisan
Oren : Username korang, contoh NiesRien.

Preview, jadi kan? Bye-bye

Wednesday, 26 September 2012

Sabtu ni ada Koir

Assalamualaikum. Hari Sabtu ni aku ada koir konvo sekolah T^T Tadi dah ada buat raptai dan time buat raptai tu, aku, Syafiqah dan Khadijah pergi makan. So, boleh pulak terlewat sikit kitorang masuk dalam barisan. Dengan muka setebal-tebalnya, masuk dewan buat muka don't know terus nyayi. Itulah kami. Hidup biar selamber. Har har

Sabtu ni (29/9/2012) ada Konvo Form 5 kali ke-3 akan dijalankan. Macam tahun lepas, aku masuk koir jugak --' Memang setiap tahun mesti ada muka aku.lol :P aku nyanyi dalam group auto. Duduk dekat barisan mana? Yelah, mesti duduk barisan hadapan dengan ketinggian 146cm. Hah! Mengutuk aku ler tu. Takpe takpe, kutuk lah. Nanti Allah tarik balik ketinggian korang tu baru tau.

Pakaian kitorang? Pakai baju sekolah, kain blue black, tudung mestilah hitam dan kasut pon hitam. Tahun lepas merah. Ala-ala wanita umno gitu. Heh -,- Bersyukur jugak lah tahun ni segalanya hitam. Kurang sikit malu tu. Tak pasal-pasal kitorang digelar wanita umno. Sob sob

Sudah, cukup cukup sudah.. cukup sampai di sini, saja. Aku nak blah, pergi makan nasi perut dah lapar~ Doakan group koir kitorang dapat membuat presentation dengan baik dan jayanya, kay? Bye bye

Tuesday, 25 September 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum dan hi awak, awak dan awak. Malam yang penuh syahdu ni anis nak join Segmen Tangkap Follower Sebanyak Mungkin daripada blog kak nabila medan. So kalau nak join tekan je banner One D atas tu okey? Ni bilangan follower anis daripada blog ni berusia 1 bulan, sampai sekarang dah 10 bulan. Bilalah blog ni nak pandai bertatih. Haha, lari tajuk --'
ALHAMDULILLAH, follower anis dah 392. Jom lah join segmen ni bagi support dekat kak nabila. Anis tag semua orang yang baca ni. Biar semua join. Hiikhik. Jom main follow-follow !

muah muah, 
Anis 

Monday, 24 September 2012

Ini blogskin ke empat Sayaaa

Assalamualaikum, hi apa khabar? Sihat tak? Dah dinner belum? Hihihi. Waah, dengan sukacitanya (ceh) Perasan tak blog aku dah jadi blogskin? HAHA! Yang aku bangga sangat, blogskin ni aku edit sendiri atas bantuan blogskin ainabillah shafie yang (I am Cool Man) tu. Tapi tema kali ni aku amik daripada lagu This Is Me, Demi Lovato. LOL :P Aku koir lagu ni terus berkenan dan aku buatkan jadi tema. Hehehe, memang tak de idea sangat nak bagi tajuk apa.

So, bangga-bangga pon exam makin lama makin dekat. Jadual aku nanti padat dengan TUITION! Huuuu, takut deh nak final exam. PMR nanti aku cuti seminggu dan time tu lah aku pergi tuition. Sentap aku dengan final exam T^T. Dah lah soalan PPD, tajuk form 1 sekali masuk. Huh, lagi-lagi kalau PMR. Kecut perut aku dengar diorang kata PMR susah. 

Ahh, dah lah tahun depan aku mangsa PMR yang terakhir. Sekarang ni form 1 ujian PBS je. Tak ade lagi penilaian menengah rendah. Tapi kan, aku dengar cerita, PBS ni lagi susah woo. Hem, entah lah, tak tahu aku mana satu lagi OK. Dan mana satu lagi KO. Yang aku tau aku nak dekat final exam. K bye
Anis sign

Sunday, 23 September 2012

Pengalaman Baru Yang Mungkin Sekali Dalam Seumur Hidup

Tajuk gua bikin gempak je T-T Eh sejak bila bergua-gua ni?
Hiesh, ni ada lagi satu pengalaman yang mungkin sekali sahaja dalam hidup aku dan aku takkan lupakannya sampai bila-bila. Wuuu. ayat tak boleh belah

Semalam, kan aku pergi sekolah ganti, ada pulak latihan koir untuk konvo time tuh. Tak belajar lah, kitorang duduk dalam bengkel paip macam tempat PATI berselindung je. Sebab tak belajar. Hehe :P
"Lalalalalala...." You raise me up.. this is mee.. lalaala" Sampai lah cikgu bagi kitorang pergi berehatkan minda dan suara. LOL :P So, mula mula kitorang pergi mengisi perut dulu. Aku, Syafiqah, Kd, Alia makan nasi lemak. Dah lepas semua kenyang, perut dah buncit, kitorang naik atas pergi surau nak solat Zohor. Then, solatlah dengan group koir.
Pelanduk 4 serupa :P Theehee
Dah solat kitorang duduk-duduk dekat surau, tunggu sampai masa 4.10 p.m Sembang-sembang dekat situ. After that, you know what? Kawan aku ade lah dalam 2,3 orang datang lepas tu bagi berita yang gila-gila mengejutkan! Diorang cakap, "Weh, korang! Kita dah terkurung! Pagar dekat tangga tu berkunci. Tangga lelaki dan perempuan." Pastu ada orang mencelah "Korang biar betul!?" Kawan aku balas "Sumpah! Kitorang tak dapat nak bukak pagar tu". Aku dah lah time tu tengah lipat telekung, bila dengar je macam tu langsung terburai telekung tu.

Memandangkan kitorang gegirl je dekat situ, di tingkat atas sekali, semua menjadi PANIK ! Ya Allah, memang kitorang takut sangat-sangat. Semua berlari keluar dari surau, pakai kasut cepat-cepat, turun ke pagar tu kitorang jerit dekat orang bawah. Huh rasa nak gugur jantung aku. Terjerit-jerit lah kitorang dekat atas tu beramai-ramai mintak sesiapa membuka pagar.

Keadaan menjadi semakin KRONIK! Aku, Alia, Syafiqah, Kd tak tau ke mana, Adlina. Pergi dekat pagar berkunci tu kan, aku tengok macam tak berkunci. Then, Adlina pergi tolak pagar tu, pagar tu terbukak! Hahaha, seriously, pagar tu tak berkunci pon. Dia macam dekat belakang tu je yang ape benda ntah T^T Wakenabeb! Huhuhu, kitorang turun dengan perasaan malu yang menebal. Sekian .......
Anis sign

Benda Yang Membuatkan Hilang Rasa Pedas

Tadi aku sarapan nasi goreng. Hmm, sedapnya bau ! Kecur liur aku makk
Lepas tu aku isi lah dalam pinggan sebanyak yang mungkin. Eksyen!
Tuang pulak air teh tarik panas dalam mug. Dan sarapanlah aku sorang-sorang. T^T

Satu suap, tak de lah pedas sangat. Suapan yang kedua, terasa pedas sikit je dan lain macam

Ketiga, keempat, argh!, awat nasi goreng ni pedas sangat!? T-T
Terus cepat-cepat minum air teh tu. Makin bertambah lah kepedasan di lidah.
TIBA-TIBA !
"Ada sesuatu, yang kau perlu tahu ...." 

Eh lagu untuk dia, lah! AAAAAAAAHH *menjerit
Rupanya, mak tertukar channel Warna. Time tu lagu Untuk Dia dimainkan
aku pulak terus berdiri menghadap TV. Dok ushar alyph tu. Hahaha!
Dengan secara tiba-tiba, kepedasan yang aku rasa tadi hilang entah ke mana. Weee! terima kasih Untuk Dia.
Lagu yang aku paling cinta, suka seluruh jiwa dan raga dalam semua lagu. eh..? terlebih pula
sekian, bye. Sory lah gambar tu buruk. Edit kat paint je xP
Anis sign