Friday, 30 November 2012

Kecewa Sangat Lah

Muka stress dan kecewa yang melampau. Assalamualaikum, hari ni mood nak update, tapi tak tahu nak update apa. Ok, blog baru berubah, aku terasa kecewa lah. Kalau ada manusia yang perasan bagus dan anggap dia aje yang betul. Yang lain semua tak kena dekat mata dia. Dia aje yang perasan bagus sangat. Langsung tak nak dengar kata orang lain. Bosanlah, dengan orang macam ni. Puii~

Sekarang ni aku on9 pakai Windows XP iaitu komputer lama aku sejak aku kecik lagi. Semalam baru hidup sebab apa ntah mamat indon tu buat. *sebenarnya brother aku* And, betul-2 aku tak selesa dan tak berapa suka pakai Windows XP ni. Setakat main game Counter Strike boleh laa. Tapi bersyukur lah jugak, ada benda yang boleh bawak aku ke alam siber :) Wewewe

Tuuutt, dan lagi satu kenapa aku stress sangat, blog aku kecil kan? Ikut size monitor aku ni haa. Padahal notebook aku lagi kecik dari monitor ni. Geram lah, harap aje besar, tapi bila tengok kecil semut. Aku geram sangat :( Size keseluruhan blog aku 729. Size header au 760 entah tiba-2 pula berbeza tapi ngam. *melalut dah* Aku rindu nak sekolah balik, dan aku rasa aku turun kelas Amanah! Wewewe, yeyee! Itu pun yang aku mintak dari awal tahun 2012 T-T entah lah..
Berwudhuk dapat melegakan perasaan aku yang sedang kacau-bilau.

Wednesday, 28 November 2012

Bangun Harimau Bangun!

ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah memberi rezeki kepada Malaysia untuk terus bangkit dan bersaing untuk Piala Suzuki AFF 2012. Mereka bangkit dari terus dimalukan dengan memboloskan bola ke dalam gawang gol Laos. Permainan yang bermula pada pukul 8:45 p.m sebentar tadi di sudahi dengan masa 93 minit. Masa tambahan tiga minit.

Pada aksi pertama, Harimau Malaya mendahului dengan satu gol daripada sepakan percuma yang cukup cantik daripada Kapten HM, Safiq Rahim. Selepas itu, Laos menjaringkan gol dan mata seri satu sama. Tamat waktu pertama 45 minit.

Harimau Malaya terus bangkit dengan mendahului 2-1 daripada Safee Sali, 3-1 daripada Wan Zack Haikal dan 4-1 daripada Muhymien yang baru masuk menggantikan Safee Sali. Mereka memang ohseem! Tapi Safee Sali banyak peluang depan gol cuma tak ada rezeki. Allah yang menentukan :) Apepun, Malaysia telah  melakukan aksi yang baik.
KEJADIAN YG TELAH BERLAKU KEPADAKU
Malam ni aku menyarungkan jersey Harimau Malaya berwarna biru dan merah. Yaww, semangat gila bola daripada semalam tak sabar-2 aku nak tengok. Ada satu kejadian ketika aku menonton tv, ASTRO dekat rumah aku tak dapat service sebab angin kuat. Elok-2 aje lepas Laos gol 1 terus gelap T.T Alhamdulillah, hidup balik, sambung lah tengok ._. wuuu~ Btw, sebelum menghabiskan cerita, sesiapa yang gila bola, sangat di alu-alukan masuk group PEMINAT FANATIK NAZMI FAIZ 21 ni. Itu bukan sekadar group fans Nazmi Faiz, yang lain pun kitorang cakap-2. Jangan malu, jangan segan, kitorang memang sporting.
PERANGAI MANUSIA YG PELIK
Tadi kawan-2 aku dalam group tu lah yang post gambar-2 ni dari tweeter dan facebook. Ish, manusia yang sengaja nak cari publisiti murahan macam ni lah gayanya. Menulis langsung tak pakai otak dan akal yang telah dikurnia.
Haa, sekarang Malaysia dah menang, so ape yang kau nak cakap? Siap berjanji-janji bagai. Sorang bertelanjang depan Pavi, seorang sunat lagi sekali. Macam perli HM tak boleh menang aje ._. #Sorry, kasar.
Bye.

Tuesday, 27 November 2012

Yeah, Berubah Pun Tema

Assalamualaikum saudara dan saudari yang kiut. Eii, blog anis dah berubah warna purple gitu. Alooo, anis tak pernah buat tema warna ni. So, saja-saja jer anis buat macam ni. Yelah, memang nampak messy di luaran, belum lagi tengok dalaman bertambah-tambah messy. Teruk betul designer tak bertauliah ni ._.

Tadi, time nak start buat template ni, anis tanya adik anis, "Adik, akak nak buat warna pink, biru, merah, hijau, kuning atau ungu?" Lepas tu adik anis jawab, warna biru. Anis cakaplah warna biru dah biasa buat. Ungu boleh? Heh, aku tanya, aku yang jawab.

K bye.
#UPDATE 10:45 P.M
Kenapa terus K bye? 
My mother will block my internet if I non-stop date with my laptop. She will cut off my head *okay, its just a stupid joke ;_;
Huhuhu, kenapa Harimau Malaya boleh kalah dengan Singapore? Pedih ulu hati tak dapat ku ubati, tapi, aku redha, aku tidak pasrah *slank r* Pasghah itu menyeghah. Kekeke, gurau aje c_o lol ;aaa Bosan lah, tengok sidebar aku kecil gila. Sempit, fit, seluar ketat, kami Buddyz *tiba-tiba. Berhenti buat lawak bodoh lah, anis oii, kau aje yang syok sendiri. #ok, ignore this dialog ._.

So, esok Harimau Malaya bakal berentap dengan Laos. Aku doakan Harimau Malaya dapat menewaskan Laos, diorang macam dah memandang rendah je dekat HM. Sooo sad ,_. #I'm crying. Tadi aku baca newspaper lama. Lol kata 'news' apehal 'lama' pula? #PEDULIKAN SAYA YANG SEDANG MERENG. Continue ... coach Singapura, bernama Avramovic macam meperlekehkan kemampuan Malaysia. Dia cakap macam ni
"SHAHRUL (Ishak) menjaringkan dua gol? Saya tidak sedar pun?" Sumber Kosmo!
Grrr, geram I! I ni fanatik Harimau Malaya dan Harimau Muda tau tak. Watch for what you have spoke! Geram nih. Till then, bye, assalamualaikum.

Monday, 26 November 2012

Gergous Giveaway By Nurul Ezatee

Assalamualaikum, setelah dua hari anis menghilangkan diri menyorok di tepi gantang, tiba-tiba menyergah dengan menyibukkan diri dengan Giveaway daripada Nurul Ezatee. Ini banner comel dia. Anis dah backlink kan dah, kalau nak join, sila klik banner tersebut. Sampai 200 penyertaan tau so ada banyak masa lagi untuk sesiapa nak join.
Apa yang anis nak komen tentang blog adik Nurul Ezatee, sejujurnya anis bukak-bukak blog tu nampak kawai sepenuhnya. Betul! Kawai seh..Pink dan biru cair mungkin, tapi nampak macam aqua sikit. Eh pandai lah edit. Kemas dan sodap mata eden menghadap :) *Eh lebih-2 ke ni?

Ok, sampai sini saja anis nak cakap pasal blog Nurul Ezatee, bye!

Pengumuman Pencarian Sponsor!

*Ini ialah sticky post sehingga 26 November 2012.* Sambung sampai lusa.
*Sila klik older post/ bahagian archieve untuk post terbaru* 
Assalamualaikum semua! Hah hari ni tak kira anis nak update post pencarian sponsor jugak. Sudah lah nak masa nak online limited .__. Ok kita straight to the point. Kalau ada sesiapa nak menjadi salah seorang sponsor untuk contest yang akan di jalankan tak lama lagi, contact anis di page Student Kecik. Tapi! Sesiapa yang nak sponsor tuh mestilah jujur dan ikhlas lagi amanah, ok? Jangan dok cakap aje, nanti kalau tak bagi dituntut di akhirat nanti tau! :)

Ohh, jadi sponsor ni mestilah banyak kelebihan dia. Apa, korang nak suruh follow blog dan like fanpage? Boleh.. sangat. Menaikkan trafik blog lagi tau you. Nak aku senaraikan karang banyak pula. Masa nak dekat habis ni aku online. Kihkihkih.

Nak sponsor topup boleh, nak sponsor barang boleh, janji benda yang HALAL :) Eeeyy, mestilah. 

Okeh-2, sesiapa yang berminat, just bagitau ini :-
  • Nama anda
  • Link blog anda
  • Hadiah yang hendak diberi ( tunjukkan gambar contoh sekali ye )
  • Syarat-syarat ( ex: follow blog & like fanpage )
Aku rasa sampai situ aje kut. Dah beku otak ni nak memikir kan. Bye!

Saturday, 24 November 2012

Bloggership Giveaway by Fatini Irdina


TOP REFERRAL akan mendapat hadiah berpakej iaitu:
Pendrive 4GB + USB 4 port + Lomo Aquatic + RM20 + Bloglist January 2012
Click banner untuk join. That's it. Bye

Dari Twitter #UAI


Anis suka dengar Ustaz Azhar Idrus bagi ceramah. Ada yang kelakar. Baca twitter UAI pun besh-besh! Jadi dekat atas tu anis share kan kepada semua. Ingat, haram memakai contact lens kerana perhiasan semata-mata. Assalamualaikum!

Friday, 23 November 2012

Go Go Harimau Malaya!

Hari Ahad ni tak silap aku lah, Harimau Malaya lawan Singapura, kan? Go, Go Harimau Malaya! I love you! Confirm lah aku tengok nanti. Rugi besar kalau aku tak tengok. Haritu lawan Bangladesh 1-1. Boleh pulak seri T-T

Entry malam ni pendek-pendek aje lah. Aku nak tengok Maharajalawak Mega 2012. Bye!

Tutorial Favicon Comel di Blog

Assalamualaikum. Tutorial ini telah direquest oleh seorang manusia yang gila-gila. Nama budak tu Ara Cirah. Dia tanya dekat facebook macam mana nak tukar simbol B dekat tab tu. Contoh favicon.
  1. Mula-mula, save as dulu gambar favicon. Boleh cari di Sini. Banyak favicon yang comel-comel di situ.
  2. Lepas itu, pergi ke Layout > Favicon > Edit.
  3. Klik Edit dan Upload favicon di situ. Pastikan size dia kecil kecil ok.
  4. Save, kalau tak bertukar lagi favicon tu, mungkin dia lama sikit nak muncul jadi harap bersabar lah ya!

Bye.

Nabila Medan's Giveaway

Assalamualaikum. Giveaway ni daripada Kak Nabila Medan. Mencari 23 orang pemenang. Klik banner untuk join sekali. Tag :-
  1. Budak gila dlsr
  2. Chifushika's belog :)

Tutorial Letak Iklan Churp-Churp Di Sidebar

Itu contoh iklan churp-churp Anis. Telah direquest oleh Kak Eyma dan Anis cilok gambar atas tu dari dia. Hehe. So, mula-mula kena lah daftar jadi ahli churp-churp dulu. Klik SINI dan Sign Up guna twitter atau guna apa-apa je lah. Dah sign up? Baru lah kita boleh start tutorial ini. Rugi tau tak join, boleh lah tambah duit sampingan.

Pergi ke Layout > Add Gadget > Html/JavaScript

Sila copy kod di bawah dan pastekan di dalam kotak Html/JavaScript itu tadi.
<center>Klik saya punya boleh?</center>
<center><a href="link campaign" target="_blank"><img src="http://my.churpchurp.com/buzz/img/9672/12432.png" width="40" height="40" /></a>
<a href="link campaign" target="_blank"><img src="http://my.churpchurp.com/buzz/img/9862/12622.jpg" width="40" height="40" /></a>
<a href="link campaign" target="_blank"><img src="http://my.churpchurp.com/buzz/img/9831/12581.jpg" width="40" height="40" /></a>
<a href="link campaign" target="_blank"><img src="http://my.churpchurp.com/buzz/img/9742/12492.jpg" width="40" height="40" /></a>
Sekarang korang kena ubah :
ABC : Ayat korang nak tukar kepada ugutan  pun boleh. Hihi
ABC : Url link campaign.
ABC : Url gambar campaign. Right click > Copy Image Url atau bagi Mozilla Copy Image Location.

Save.
Jika tidak jadi atau ada sebarang masalah, tanya di kotak komen. Selamat bercampaign!

Thursday, 22 November 2012

Tutorial Transparentkan Header

Assalamualaikum. Tadi Anis bukak ask.fm, lepas tu ada satu request daripada seorang manusia, tapi dia tak nyatakan link blog sekali dalam tu. So anis buat aje lah tutorial ni :)
Mula-mula, design dulu header dan pastikan ianya transparent. Tutorial ini cuma untuk simple template sahaja. Tidak sesuai untuk layout template dan classic template.
  1. Design header guna Photoscape dan Gimp
  2. Design header guna Photoshop

Selepas itu, pergi ke Template > Edit Html > Proceed.
Ctrl+f di keyboard dan paste kod di bawah dalam search box dan enter.
/* Mobile
 Copy kod di bawah dan paste pula di ATAS /* Mobile jika sudah jumpa kod itu.

.header-outer, .content-inner { background-color: transparent;}
.main-outer, .tabs-outer { background-color: $(content.background.color);}
.tabs-inner .widget ul { margin: 0px -15px;}
.content-inner{padding: 0px;}
 Preview, menjadi Save je ok!

Maafkan Saya Kalau Tidak Suka

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Setelah sebulan menggunakan blogskin, aku terasa boring sungguh, lalu aku membuat keputusan untuk mendesign template denim. Sekarang ni layout template dah bersembunyi, kan? Hmm, alhamdulillah, aku ada banyak blog private yang aku simpan template denim dalam tu. Tengok, blog aku macam blog Cik Nurfarah, kan? Okay-okay, sebelum apa-apa, beliau lah inspirasi aku sejak aku berblogging. Tak percaya? Pergi blog tua aku ni http://sayasukamenulisadanberleter.blogspot.com/ . Fuuh, gila panjang link blog. Tengok dekat tab "idola ku". Dulu aku aktif berblogging dekat situ sebab dulu aku minat gila-gila dengan bola. Sekarang password nya sudah lupa so hanya mengucapkan goodbye aje lah. Ni printscreen monster pink aku.
Yang warna border tuh sama sebab aku ikut tutorial Kak Farah. Yang background untuk tajuk sidebar pula aku buat tutorial Wan Hazel. Yang menu tab tuh aku ambil freebies dari blog Diela Natasha. Aku tak reti nak design menu tab so cara mudah ambil freebies daripada dia. HEHE. Then, kalau korang tengok background di post body aku sama dengan Kak Farah, ya, memang sama tapi aku tidak mencuri beliau punya background. Aku ambil freebies mini love then aku decorate sendiri. Pedih mata aku design blog ni malam nih. Tapi aku puas hati dengan hasilnya :) Alhamdulillah.

Yang tajuk post aku tu, kan ada border radius 13px, sama macam sis Farah tapi demi Allah, aku buat tuh dengan rujuk di tutorial type of border beliau. Jangan salah-faham tau. Lepas tu background blog ni aku terjumpa di blog Fazeera Kahar. Lepas tu aku ambil lah,=.=

Itu aje yang aku nak cakap sebelum terjadi perkara yang lebih buruk. Maafkan saya kalau tidak suka blog saya macam blog sis Farah. Bye, assalamualaikum.

Wednesday, 21 November 2012

Dua Model Untuk Dipromosikan

Assalamualaikum. Cey, cey, siapa lah aku nak promotekan model cun. Tapi malam ni #eh ye ker malam? Malam ni aku nak buktikan kepada semua yang aku ada kait-mengait dengan model cantik. HEHE, serius okay, tapi, tapi sebelum mula, Anis banyak blogwalking blog adik-adik yang baru ambil result UPSR, then, majoriti semuanya 5A, 4A. Wah! Bestnya diorang. Upsr anis 3A je taw, huuu, pecah rahsia yang tersimpan rapi .__.

Okay, here is it, the two beautiful models will show off. Hei, show off? Pape jelah!
Nampak! Cunskan model-model nye *tangan dibahu, mata keatas*
Itu aje yang gua nak update untuk hari ini. Bye, sayonara!

Tuesday, 20 November 2012

Tutorial Letak Banner Di Sidebar

Assalamualaikum. Oraitt, tadi Kak Sofia request tutor acano nak letak banner dekat sidebar. Mudah aje :)

Mula-mula, kena lah buat banner dulu. Contoh banner anis.
Lepas tu, pergi ke Layout > Add Gadget > Html/JavaScript.
Copy kod bawah ni dan paste dalam kotak html tuh tau.
<center>
<img style="width: 167px; height: 157px;" src="URL BANNER KORANG" />
<center>*Copy And Paste it into your blog ok?:)</center>
<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href="LINK URL BLOG KORANG/"><img src="URL BANNER KORANG" /></a></textarea></center>

Note :-
ABC : Size banner korang suka hati lah nak adjust.
ABC : Url banner, upload di Photobucket atau imgur lepas tuh amik direct link atau right click copy image url.
ABC : Ayat korang.
ABC : Link blog korang.

#UPDATE ; Saya lupa nak creditkan kepada Kak Lyssa untuk tutorial nih .

Rindu Sangat Nak Main Baling Selipar

Source : Google.
Assalamualaikum. Seperti biasa, anis akan update blog pagi-pagi. Ketika semua orang sedang nyenyak rileks-rileks atas katil. Sementara aku, macam toyol jer depan laptop .__. Ok stop cerita fasal update-update ni. 

Korang kenal tak gambar atas tuh? Of course lah kan, ada tiga pasang kasut, oop, bukan pasang, sebelah aje. Eh kenapa susun kasut macam ni? Ni lah namanya permainan baling selipar. Pernah main kan? HEHE, dulu waktu anis umur 7, 8 tahun suka lah main macam ni time petang. Mestilah ada gang, kan! Kadang-kadang kitorang main gegirl versus boboy. Nak tengok siapa lagi taiko dalam permainan baling selipar ni. 

HEHE, tapi tadi anis and kawan sebaya lah kiranya, melepas gian main permainan ni dengan bebudak. Termasuklah adik lelaki anis yang berumur 8 tahun. Kehkehkeh, well macam biasalah kan, gegirl versus boboy. Anis and the gang lawan budak-budak sebaya adik anis. Huh! T-T Alah, tapi apa salahnya.

Mula-mula, kena susun selipar, lepas tuh ikut giliran baling selipar sampai lah istana selipas tu roboh, then baru boleh lari. Haa, time ni yang syok! Kalau aku baling dekat diorang guna selipar import dari Jepun. Baru lah sodapp si mangsa hilang nyawa. Tapi kalau anis lari memang asyik-asyik mati aje v-v. Huuhuu #aku lari macam lipas kejar aku pun kena baling dengan selipar T^T

Dulu kan, satu lorong dekat kawasan rumah anis ni, suka main macam-macam #eh ayat tak leh belah. Kalau tak main baling selipar, kitorang main baling tin. Wah! Rindunya nak main baling tin! Memula kumpul tin, lepas tu susun, lepas tu baling. Besh-besh! Hee. 

Note : The day I checked the end result, I feel very disappointed with my decision.

Sunday, 18 November 2012

Segmen Pendek : Nak Masuk Bloglist Miss z


Entry ni saya buat ringkas habis yer Miss Z :) Join!
Segmen tamat jam 11 pagi 18/11/2012

Sekarang Ni Online Malam Je

Assalamualaikum dan selamat pagi "sekarang 12.19 a.m"
Cuti sekolah tahun ni aku dapat bukak blog, facebook dan twitter malam-2 ajelah. Huu, siang aku buat kerja rumah dan tengok tv. Lepas tu, jaga baby 3 ekor. HEHE. Elok lah daripada tak ade benda nak dibuat. Lol sedih lah, semua dapat online siang. Aku jer ni haa yang online sampai ke pagi T-T macam hape je. Duk lah melangut depan blog sensorang. Tu yang semakin lame semakin hilang mood berblogging.

Baru beberapa minit yang lepas, aku menukar template dahku. Waduh-2! Asyik-2 tukar template. Asyik-2 tukar template. Macam tak de kerja lain. HEHE, kan aku dah cakap di post yang harituh, aku cepat terpengaruh dengan blog seseorang so jangan nak tertanya-tanya lah kan kenapa aku ni suka ubah-2 template. Ohh, template ini kepunyaan Hafiz Zulkafly. Aku tertarik dengan warna dia. Lepas ni maybe aku akan bertukar menjadi raksasa pink pulak. Heii macam-2 .__.

Ok-3 sampai di sini sahaja aku merungut tak tentu pasal. Gua nak tidur lah, esok ada kenduri. Sekarang ni bukan kad orang kahwin je yang aku dapat. Jemputan GA dan contest pun berlambak. K lah sebenarnya baru 2 jemputan. HEHE, bye, assalamualaikum.
Suddenly, I've fainted when looking at alyph .__. 

Saturday, 17 November 2012

Kempen : Pray for Gaza

Assalamualaikum dan selamat malam.
Daripada aku buang masa tengok AIM, artis-2 nyanyi, baik aku join kempen Pray For Gaza.
Korang tau kan, saudara-2 Islam kita yang duduk di Gaza kini menjadi pelarian di tempat sendiri.
Lebih sedih lagi kanak-2 yang tak bersalah pun menjadi mangsa tentera zionis. Kejam!
Kalau nak join kempen ni sekali klik banner tu, yang gambar gif tu okey :) Bye

Thursday, 15 November 2012

Sudah Mula Terasa Kebosanan

Assalamualaikum, selamat malam, salam semua dan lagi, dan lagi g - g
Sebelum aku mulakan content tajuk di atas, sempat lagi kan, untuk aku mengucapkan Salam Maal Hijrah yang ke 1434 :) Tutup buku lama, buka buku baru. Isikan buku baru dengan perkara yang diredhai Allah. Insya-Allah. What the past is the past. #Ayat taram.

Cuti aku tahun ni tersangat lah bosan. Lepas tu, mood untuk berblogging pun hilang entah ke mana ._. Why? Heemm, aku ni cepat sangat terpengaruh dengan blog orang tau. Haa, tu yang anda patuts tahu tentang saya. Sekian, terima kasih. Wueek, wuekkk *merengek secara tiba-2. Sekarang ni, aku dah tak ada mood nak edit blog. Otak aku terasa kosong kalau aku nak design sesuatu. Otak aku rasa macam tak tau nak buat apa. Nak kata nyanyuk pasal blog, mungkin. Mungkin lah kan.. Kalau-2 ada doktor hensem nak rawat otak aku ni kira baguslah. Hisy, tengok cakap melalut.

Tadi, aku nak design blogskin sendiri, lepas tu, berhenti sekerat jalan, ada lembu-2 melintas jalan pergi sekolah. And then, stop edit. Ni haa, tadi nak design header untuk blogskin tuh, tetibe rasa nak buat lain. Ohh, apa sudah jadi dengan aku nii?! Bukan blog aje aku dah tak de mood, facebook dan twitter pun jadi mangsa sekali. 

Nampak kan cursor aku nii. Tengok, buruk gila kan. Lepas aku edit yang tu, aku bawak masuk blog, aku tengok, pffttt! Kenapa jadi huduh? Patah seribu terus aku ni. Heyy, macam orang bercinta pulak. K lah I nak belah. Tengok spongebob lagi sodapp!


Tuesday, 13 November 2012

Kenapa Dengki Sangat Ni?

Assalamualaikum dan hi. Hmm, sebenarnya aku tak tau nak update pasal apa. Aku tak ada idea dan inspirasi pulak hari ni T-T Ohh, tadi aku tengok Konsert One Direction secara LIVE wooo! And sekarang aku di bumi orang. School holiday tahun ni memang gempak laa. Haha, aku tipu je. Sekarang aku sedang meniarap di atas katil rumahku syurgaku. Aku tengok One D dekat Nickelodean jer lah. Errr, gilelah, beribu peminat One D kat situ. Lelaki sorang pun tak de. Keh keh keh, lawak betul. Biaselah, One D ni semua jejaka hensem "lah sangat". Okay, aku ni budak jahat, budak jahat. #Tetibe -,-

Stop cerita pasal One D, sekarang ni aku nak cerita pasal ada satu makhluk di atas bumi ni dok sibuk kacau aku yang tengah syok-syok ushar Liam. Makhluk ni bila terbang semua orang takut. Bila melekat dekat dinding .. aku cabut dulu. Binatang namanya. Dan yang lebih sedap lagi, LIPAS. Cockroach *eh betul ke ejaan tuh? Lama dah tak sekolah* lol :P

"Eee, awak suka lipas?"
"Saya pun tidak suka lipas. Kenapa awak tidak suka lipas?"
"Sebab dia warna cokelat? Peliklah awak ni. Saya tidak suka lipas sebab dia tidak hensem."
"Hah. Awak tidak tanya saya mengapa saya tidak suka lipas? Okay, fine awak."
"Sombong nyer....." *nak jer aku kasi freekick. Baru dia tau kaki aku wangi ke tidak.*
Dialog di atas ialah dialog seorang budak 5 tahun 1 bulan. Aku pun tak tahu dia cakap dekat kau ke dekat kawan dia. Hehe, gua mau cau lah wak. Bye

Monday, 12 November 2012

Subuh-subuh Dah Kena Simbah

Assalamualaikum dan hello kitty *ahaa, aku buat lawak, apa lagi gelak lah. Sadiss dan sedih aku dengar tajuk yang aku tulis tu. Time aku tulis pun menitik-nitik air mata dan kalau isi air mata tu dalam baldi, cukup untuk tampung satu keluarga. Sedih weh. Kau tahu simbah apa? Tak tahu, kan? Kau fikir tak yang cecair yang disimbah tu merbahaya. Haa, tu mesti fikir asid tu kan? TIDAAKK! OH NO!! Bukan lah bukan asid.

Ceritanya begini. Alkisah, pada suatu pagi yang hening dan sepi. Amat nyaman untuk manusia di atas bumi merehatkan mata dan mengupgradekan tumbesaran. Ada seorang budak, namanya N (bukan nama sebenar) nyenyak tidur. Lalu datang emaknya iaitu Puan D datang mengejutkannya untuk solat Subuh. Satu kali, kejut dengan lembut. Tiada sahutan. Dua kali, agak keras sedikit, juga tiada sahutan. Agaknya budak N itu pekak atau mempunyai penyakit sound trouble barangkali.

Selepas tiga dan empat kali dikejutkan, budak itu masih dalam keadaan mamai-mamai ayam *err ada ke ayat ni. Lalu emaknya naik berang, daripada tiada darah tinggi menjunam ke atas lebih had suhu termometer. Dengan wajah yang merah menyala, emaknya pergi ke dapur dan mencapai sebiji gelas lalu dipenuhkan dengan air panas. Ohh, kejam sangat, dengan air paip. Emaknya pergi ke bilik budak N dengan perasaan yang tidak dapat sesiapa menduga nya. Akhirnyaa ......

"Aih, aih, takkan ni ailiurbasi aku kut. Awat sampai melimpah-limpah macam ni" Budak N tu mengomel. Lalu diangkatkan mukanya lalu terlihat lah sesuatu lembaga yang memakai pakaian serba putih. Dalam keadaan mamai "Ehhh. Laa, mak rupanya" Dia memandang muka emaknya dengan pelik. "Kenapa, mak simbah akak?" Puan D menjawab pertanyaan anaknya dengan muka tertekan sampai dia rasa mahu dicekik-cekik makhluk Allah a.k.a anak nya itu. Keh keh keh.

"Mak kejut akak 4,5 kali tak bangun-bangun mak simbah lah dengan air. Lepas ni, kau bangun lambat lagi nak solat subuh, mak simbah air panas daripada Sungai Kerling." Wajah Budak N bertukar menjadi pucat dan beberapa saat kemudian, dia tersengih sambil menampakkan giginya yang kuning. "Hehehe. Bangun lambat rupanya" Lalu segera dia mengambil wuduk kerana waktu solat Subuh hampir tamat.

Begitulah cerita nya. Sedih kan? Haha, kena tipu je. Budak N tu aku. Puan D tu mak aku. MY MOTHER

=THE END=

Sunday, 11 November 2012

Year End Giveaway 2012

Assalamualaikum saudara saudari yang hebat! Sementara menunggu cerita Ayat-ayat Cinta start, aku nak menyibukkan diri ikut join Year End Giveaway 2012 daripada akak kiut Alya Jane. Aku perasan lah kan, blog tuan penganjur giveaway ni cantik ngam dengan tuannya yang kiut. HEHE, ini bukan satu godaan untuk aku merasuah akak Jane supaya aku menang GA ni. Ikhlas tau tengok ni muka aku persis muka Sarjan Misai yang kacak :P. 

Cakap banyak pulak dahku ini. Okeylah, kalau nak join, klik banner tu ok? Ni aku senaraikan hadiah-hadiah yang terdapat di dalam GA ini.
  1. Novel
  2. Avon simply pretty lip and cheek tint.
  3. Avon perfume vanilla soft musk.
  4. Bag 2PM dan DVD JAYPARK
  5. Topup RM5 untuk maxis/digi/celcom bagi 1st, 2nd, and 3rd place

Kalau tak faham ape yang aku nyatakan atas tu T-T pergi sini. Giveaway ni expired pada tarikh 25 December 2012. Aku tag Makcik Syafiqah :) HEHE. Adios

Saturday, 10 November 2012

Fabulous 30

Assalamualaikum, hi. *bunyi cengkerik* Hmm, ok, sejak kebelakangan ni kan, blog dahku asyik-asyik merengek! Melalak-lalak cakap takde kawan, takde kawan. Sedih gua mendengarnya :'( Rasa nak melalak sekali. Then, aku pujuk blog aku supaya join segmen yang boleh menaikkan trafik blog. Contohnya, macam segmen Follow Sampai Meletup by Khairunnisa dan Siti Hajar. Nak join sila klik link tu. Hehe, promote-2 :3


Perasaan aku menggebu-gebu nak tengok cerita Fabulous 30 Thai Film. Seriously, lebih gebu daripada bulu Garfield. Lepas tengok iklan dekat Astro, nak aje gua tempah dekat Astro First. Tapi apakan daya, haritu baru aje order cerita Aku Terima Nikahnya, la ni takkan nak order lagi T-T Pokai duit abah.

Ape yang dahku boleh lakukan ialah, tengok aje lah iklan dia. Huuuuu, hensem lah jejaka a.k.a hero tuu. He's 24. Yang watak heroin nya pun cun. Mak gua cakap dia dah lama tak berlakon. And she's 30. Sweet sangat. Yang awek tu lagi tua atau ayat yang sedap "matang" lagi daripada si pakwe. Alah, 6 tahun jer beza, bukan alasan tak boleh sesama :P Wah, doktor cinta ke gua ni..hehe
Eiii, tengok comel je deme ni. Menimbulkan perasaan cemburu di lubuk hatiku. K dah start jiwang. Eh tengok muka lelaki tu macam muka Reihan Benci Bilang Cinta lah pulak ;p Macam-macam lah aku ni. Haa, minggu depan tak silap Benci Bilang Cinta sampai ke episod kemuncak. Isnin & Selasa, kan? Tengok, episod dia sekejap jer, cerita Nada Cinta tu sampai beratus-ratus, dan itu membuatkan hilang selera aku nak tengok cerita tu. Okey-2 jangan marah aaa.

Sampai sini saja aku melalut. Mood menulis hilang secara tiba-tiba. Siapa tengok cerita ni? Wa jeles sama lu. : | K bye-2

Segmen: Follow Sampai Meletup

*klik banner tu kalau nak join jugak*
Bukti saya dah follow blog Siti Hajar dan Khairunnisa
Ni pulak printscreen jumlah followers saya 
Saya tag Syafinasparadise yang cute :3 Hikhik *gedik pula

-Jumlah bilangan folowers- Seperti yang ternyata di dalam gambar di atas, follower saya baru 462.
-Target Followers- 600 dan keatas. InsyaAllah!
-Pilih hadiah antara DRESS or LOMO- Semestinya kamera LOMO yang comel lagi molek :) 

Dah lama aku tak join segmen, so lepas exam akhir tahun ni, boleh lah aku menyibukkan diri sekali. Hehe, tunggu ek nanti aku blogwalking sampai mata aku jadi lebam. Wuu T^T

InsyaAllah Tahun Depan Facebook ku Akan Meninggalkanku

Assalamualaikum, hye *p.s: tajuk jiwang karat. Patutnya aku yang akan tinggalkan facebook. 
Tengah-tengah malam aku update, hah memang bagus lah sangat. LOL aku terlupa pulak simple template yang baru ni dah lama aku buat. Lepas tu aku cuma kopipess jer masuk dalam kotak html aku. Fuuh! Alhamdulillah, kau lah penyelamat aku crazy blue in red. Muah muah! Gila, kan? Link biru tapi body pink. Macam hampeh aje T-T

Tahun depan aku PMR, so aku bercadang nak diactive kan account Efbee aku. Baru BERCADANG. Belum mendapat kata sepakat membawa berkat. Lepas PMR, aku nak active kan balikss my efbee. Bee, good bye bee ku sayang. Jangan nakal-nakal tau! Werk! ;p

Hmm, tentang blog pulak, aku tak nak fikir apa-apa. Makin fikir maki gugur rambut guwe dan kepala otak guwe akan berserabut dan runsing. Lalu penyelesaiannya, gue mau tidur. Cukup lah tu 3 perenggan, kau nak banyak mana lagi. Heheh, cuti ni aku dan kawan-kawan aku cadang nak buat contest. Sempena cuti sekolah, contest kahwin-kahwin. K gurau je, mak aku dapat banyak jemputan perkahwinan. Emm, aku bile la lagik ek? Hehe, gatal pulek. Lagi 10 tahun Insyaallah. Hikhik, bye :D

Friday, 9 November 2012

Aku Yang Tiada Pendirian

Assalamualaikum, apa khabar? Best kan, cuti? : | Jawab dalam hati je tau cuti aku tak best

Waah, mengutuk diri sendiri nampak? Takpelah kutuk diri sendiri, jangan orang kutuk diri kita sudah lah. Senyum-senyum kambing dapat backup. Yelah, aku yang tiada pendirian teguh. Tapi, aku tak ada pendirian dekat blog jer. Yang lain tu entahlah. Dekat blog? Pasai pa? Yess, takkan tak perasan blog aku jadi blogskin. HEHE, perasan kan? And, korang nak tahu tak, kenapa aku bertukar daripada Ultraman Mebius kepada Hello Kitty? Sat, sat gi aku gitau ok, nak rangka karangan kejap

Be My Scandal - Unknown maybe T-T

Bermula di Facebook, you hantar link blog U dekat chatbox I.
I pun terus bukak, tengok blog U yang comel. 
I apalagi terus Sign Up, belajar sana sampai cekap. 
Sampai internet I, dari laju jadi lembab.

Bila I dah start menggedik, godek sana godek sini.
And then I terjumpa, tutorial buat blogskin.
I klik blogger main, I copy kod,
I paste dalam HTML kod, pastu I tekan SAVE,
Ia terjadilah begini.

Meh I tell you, dengar sini U,
Template ni, lah yang I jumpa kat blogskin,
Then I guna, berbulan bulan, lamanya lah, sangat lama.
Percayalah, kataku, U all. 
Just trust what I am said to you...

Hey blogskin,
Please be my scandal...

Aku tak taw lah kenapa aku merosakkan lagu Be Mine daripada Tasha Manshahar ni. HEHE, jangan marah aaa.. Melepaskan rindu dekat blog setelah bertahun sudah ku menunggu, dirimu. Hoi tersasar landasan pulak :P Dah lama aku tak update begitulah. btw, tadi kelas aku ada buat jamuan di Uncle House. Hmm, not bad tapi bosan lah jugak T^T K lah bye

Tuesday, 6 November 2012

Cuti Yang Membosankans kans kans

Assalamualaikum, apa khabar? 
*Intro yang agak pendek dan bosans sans sans sangat sebab takde mood :P* Hmm, terasa nak lajukan je masa supaya Hari Jumaat tiba. Sebab, kelas aku buat jamuan kelas. Kira macam jamuan akhir tahun lah kan, jamuan perpisahan. Ye la, ada orang nak pindah ;p Huuu, tudung bawal hitam gue tak beli lagi.

So, aku nak cakap, cuti aku bosans sans sans sama lah rupa blog gua nih! Sabar anis, sabar. Grr, terasa menyampah tengok blog buruks ruks ruks lagi cabuks buks buks niii. Kenapa aku tukar ek blog aku ni? Dulu kan warna pink? HEHE, harap maklum, aku memang suka tukar-tukar design. Ala-ala Ultraman Mebius, Taro, Max dan sebagainya :P Cuma raksasa yang tak muncul-muncul. Huh, pengecut punya raksasa! Harap perut je kedepan. jangan layan ni aku cakap sensorang

Cuti, dah lah dua bulan. DUA BULAN. Hari-hari aku ulang perbuatan yang sama. Kerja yang sama. Bangun pagi, pukul 8.40 / 9.00. Lepas solat Subuh aku tidur :P Tu yang rezeki tak masuk tu. Berselubung dalam selimut je koje nye. Apo nak dikato lah kau anis T-T  takyah cakap pape kan senang

Haa, nasib baik ada baby-baby yang comel menjadi peneman dahku ketika di rumah. Aku jadi babysitter sepenuh masa. Siap overtime lagi. Kau hade? K lah takde mood nak tulis. Bye

Sunday, 4 November 2012

Good Luck Kepada Calon SPM

terima kasih google yang hensem.

Korang mesti dah tau kan, esok SPM. Yang tak tahu dah tahu dah, kan. Tak tahu lagi buat-buat tahu je lah. OK, aku dah start GILA dah! Sama lah perangai macam mouse uzur ni -_- Btw, malam ni kerja aku blogwalking je lah. Daripada blog situ, pergi cbox dia, serbu blog lain, tengok cbox dia, terjah blog lain. Sampai terfikir nak update entry khas untuk calon-calon SPM. Kakak-kakak dan abang-abang Form 5 sekalian.

Blogger-blogger yang bakal menjawab SPM pada esok hari : Kak AmalinaKak Hafizah, Kak Ekaiseqa, Kak Seri Najwa, Kak Miraa Hussin dan ada lagi yang aku tak tahu. Hehe, sorry ya. ;p

Baru beberapa minit yang lepas, aku ada googling dekat abang google yang kacak bergaya*werk* Search fasal tips persediaan sebelum masuk dewan peperiksaan. Banyak aku jumpa, then, aku terpikat dengan blog MAMAMURAI.COM dan aku kopipess jer dari sana ke sini. Mudah, kan kerja ku. HEHE 

TIPS-TIPS SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN :

1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris, kad pengenalan dan slip peperiksaan telah disediakan. Simpan kesemua peralatan tersebut dalam satu beg yang mudah dibawa, senang diambil dan mudah diingati.

2. Selepas solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dengan bacaan Yassin. Jangan lupa untuk berdoa dan memohon agar Allah memberikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dengan sempurna.

3. Pastikan tidur yang mencukupi. Tidur yang dan rehat yang cukup akan menenangkan fikiran, seterusnya menyegarkan badan anda semasa menghadapi peperiksaan.

4. Jangan membuat ulangkaji di saat-saat akhir kerana perbuatan tersebut hanya menambah stress kepada kamu. Ingat! Pelajar yang cemerlang sentiasa bersedia lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan.

5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sekolah, bangunlah lebih awal dan solat subuh berjemaah dengan keluarga. Mohon restu dari kedua ibu-bapa agar tenang menjawab soalan.

6. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu untuk selamat sampai ke sekolah dan diberi kekuatan menjawab soalan dengan cemerlang.

DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN (syukran: farhanah fadillah dan bjue)


وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Doa-doa di atas bukan sahaja untuk calon SPM, malah untuk student macam aku ni pun boleh baca time nak jawab exam nanti. Baca dengan ikhlas dan hayati lah bacaan doa tersebut, InsyaAllah, Allah akan membantu kita menjawab peperiksaan dengan jayanya .



Saturday, 3 November 2012

Blog Berubah, Tuannya Pun Nak Berubah sekali

Assalamualaikum dan apa khabar ? Sihat tak? Anis sihat Alhamdulillah, hope korang sihat jugak. Kalau sakit tu takpe, sakit penghapus dosa kecil :) So, redha ye kalau sakit. Okay, stop cerita fasal sihat sebab tajuk anis bukannya nak bagi ceramah pasal sihat ni. Hehe ^^

Eyp, eyp! Gatalnya anis ni. Bila lah, nak tanam akar pokok dalam dunia blog. Eh-eh, kenapa nak tanam pokok? Hehe, actually, itu ialah idiom dalam Bahasa Inggeris and anis translatekan. Sebenarnya, mana boleh translatekan dari BI kepada BM, haa tengok Oh My English, tak? Tanam akar pokok tu macam hidup menetap lah kan. Example like, kawan kita asyik-asyik berpindah-randah sebab ayah ditukarkan tempat kerja. Hidup tidak menetap. Macam Zaman Paleolitik..kan? Ada bakat nak jadi cikgu yang tidak bertauliah, kan? Hehe. Kan, kan kan

Anis guna blogskin Kak Atiqah yang "Snow Pink" tu hanya untuk sementara waktu jer, sebab.. time tu lepas exam and anis tengok blog anis yang dulu pun berserabut habis. Siapa masuk dalam blog anis mesti geleng-geleng kepala 24 kali. Buruk, dan sekarang ni anis asyik-asyik online FA-CE-BO-OK dan TW-IT-TE-R malam malam. Huu, ada lah sebabnya T^T. Titew cedihh *werk!*

Err, sebenarnya dah dua perenggan anis lari tajuk. :o teruk! Okay lah, kan blog anis dah berubah, InsyaAllah! Anis pon nak berubah sekali. Demi peperiksaan penting pada tahun hadapan! PMR, aku datang! Just wait for me, and please make yourself easy than I realize -_- Memang takkan. 

Tadi, dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Aku Terima Nikahnya. Eh-eh bukan! Anis buat math Form 3 Chapter 1 and so far, alhamdulillah chapter 1 anis dah fahem siket-siket lah. Time tuition tadi anis buat. Mmm, rasa nak cepatkan masa lah, nak masuk sekolah cepat. Walaupun tiada dia di situ :'( 
-End here-

Friday, 2 November 2012

Friends, We Will Meet Next Year!

Dear Friends,
       For me, the awkward moment when we do not go to school for two months. Its like, ahh! I hate that! Sad, boring, don't know what to do and many more reason that I don't know to write here. Soo LOL xP Its like terrible day actually, HAHA! What am I talking nonsense? Ohh, I feel like silly girl, today :'(

       So, today we met for the last time, err, not last actually. InsyaAllah next year we will meet again! Hehe, hey, look at me! On the first day I already miss you guys ;p And I still remember we played OLD MAID cards ! Me, Khadijah, Aliah, Venitha, Khairiah, Zulaikha, Aida and Adlina..ohh I am very miss that moment when we beated our hand together ;p Then, the boys said we were like childish playing the OLD MAID cards. Werk! Excuse me, its not your business, incik incik sekalian. ;p The important is, we enjoyed it. HAHA!

       There you're, Anis, next year you will be in a big trouble. Extremely big! Always remember, next year you are in PMR candidates, so what you want to do? Hurmm *thinking like a big boss* Okay, firstly, I want to forget him, second, either I am in the first class or second class, I don't care. What am I care is, about my education and my motto to get straight 8A's in my PMR! Insya Allah :)

       I want to stop here. Like pidato I think, hehe. It's almost midnight, so friends, I will miss you and miss you and miss you, and miss you so much! Take care okay and see you soon ;) See ya! Bye Assalamualaikum.

Sincerely,

Thursday, 1 November 2012

Berakhirnya Penderitaan


Assalamualaikum! Hye lama dah anis tak membebel dekat sini. Sebab apa? Sebab exam :) But now, exam dah TAMAT! Whew, alhamdulillah.. tamat sudah penderitaan *lap peluh*. Ohh, tapi minggu ni habis exam, minggu ni jugak anis dapat paper, tapi tapi.. sikit je lah. Sejarah dah dapat, Math baru dapat tadi, Kemahiran Hidup pun sudah dapat T^T. Dan satu pun tiada "A" Huhuhu, redha je lah kalau anis turun kelas. :'(. Rasa nek menjerit je AKU DAH BEBAS!!

Tapi nanti dianggap gila deh. Eh, math anis walaupun tak "A", sekurang-kurangnya naik ^^ Hee, daipada Failed kepada "B". Alhamdulillah, Sejarah anis pun naik, tapi toksah cerita ler. Heheh :P Btw, PPD buat soalan susah. Diulangi susah T-T

Hmm, tadi anis pergi weheartit cari gamba atas tu, lepas tu tiba-tiba terjumpa gambar ni. So, mai nak share sikit. About teenager facts, yes! Memang terkena batang hidung anis. But, now I loved Math, seriously :P. Huu, read it slow-slow okay? Bye!