Saturday, 8 September 2018

Pengalaman Saya Menghadapi Ujian MEdSI di UPSI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah Anis dah tiwenty yrs old pada bulan Ogos yang lepas. Pada 3 Ogos yang lepas juga, Alhamdulillah Anis dapat berita gembira daripada pihak UPU bahawa Anis diterima menjadi mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Anis ditawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian. Walaupun pilihan pertama Anis subjek Bahasa Melayu, tapi tidak mengapalah. Mungkin rezeki Anis untuk subjek Geografi. Allah knows the best for me, right?

(klik untuk tumbesaran)

Kepada yang tertanya-tanya tuh, sebelum kita dapat diserap masuk ke dalam mana-mana Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam, pemohon-pemohon perlu mengambil dua ujian, which is Ujian MEDSI dan Temuduga/Ujian Khas. Haa, bukan mudah tau untuk menjadi seorang pelajar U dalam program ini. Kalau kita tak lepas Medsi, kita tak boleh pergi ke temuduga. Begitu juga kalau lulus ujian Medsi, tapi gagal part temuduga, kita tak lepas juga dapat program itu. Syukur Anis lulus kedua-dua ujian walaupun semasa interview depan panel, few questions jugaklah Anis SALAH JAWAB tapi CONFIDENT. Haha. Confident itu penting! Kalau Anis sempat, Anis akan kongsikan pengalaman Anis ditemuduga okay =)

Oh ya, dan pada 1 September 2018, Anis telah selamat mendaftar sebagai salah seorang student UPSI ambilan September 2018/2019 peringkat degree. Jadi sekarang, Anis menetap di Kolej Ungku Omar dan jumpalah kawan-kawan baru yang macam-macam heei (hal dalam Perak) duduk Perak kan cakaplah Perak. Haha. Okay settle mukadimah -_-

Apa itu ujian MEdSI? 

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

- Sumber After School

Jumlah soalan yang wajib dijawab oleh calon adalah sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam. Format soalan terbahagi kepada 4 bahagian berikut :

Bahagian 1 (personaliti 110 soalan)
Bahagian 2 (minat kerjaya- 60 soalan)
Bahagian 3 (nilai integriti 70 soalan)
bahagian 4 (kecerdasan emosi 40 soalan)

Contoh-contoh soalan yang Anis tunjuk nih, dapat daripada google tau. Jadi, guna buku. Sekarang zaman canggih nih, jawab soalan guna komputer. Jadi, kita jawab sama macam jawab ujian komputer masa nak ambil lesen L. Hehe :p Kita tinggal nak tick tick ja jawapannya.



Untuk pengetahuan kalian semua, ujian ini sebenarnya nampak jea belambak gila 300 soalan. Tapi, percayalah masa yang diambil untuk menjawab tak sampai 40 minit pun. Jawapan mestilah dari hati. Tak perlu nak fikir panjang. Baca sekali dan terus jawab. Barulah dapat mencerminkan personaliti kita yang sebenar. Tapi tipu-tipulah sikit hihi

So, Anis sampai lambat masa haritu. Walaupun tempoh perjalanan 40 minit je dari rumah huhu. Apa yang Anis boleh share ialah ;


  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Memusakan
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

JAWAB SANGAT SETUJU/SANGAT TIDAK SETUJU sahaja! Try abaikan yang jawapan lain sebab kita kena confident ! Perlu apa? CONFIDENT.

Pakaian? formal lah. Perempuan baju kurung , lelaki kemeja bertali leher kasut bertutup. Walaupun ujian dia sekejap ja tapi kena kemas-kemas juga okeh.

Bawa slip ujian, IC, dan pen sebatang. Tuh je. Otak jangan tinggai okeh. Hehe

Sekian, wassalam~





 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?