Sunday 3 November 2019

Sedar

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Related image

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari bumi Tanjong Malim, Perak.

 It's been a while since aku tak update blog. Hanya satu post ja yang aku mampu update setiap semester. Satu semester equals to 6 months = 182 days. Dalam 182 hari, tiada langsung masa aku dengan blog. The question is still relevan ke berblogging? Adakah dengan adanya Instagram, Whatsapp, dan Facebook yang semakin berkembang dengan 'story', 'live', menjadikan informasi terkini sampai dengan pantas berbanding blog? Or adakah sekarang jadi Youtuber lagi fun dan masyuk? I hope I can be one of youtuber one day. Tapi tu lah. No talent depan camera. Shy shy cat

Persoalan seterusnya adalah masih adakah rakan-rakan blogger yang aktif membuat blog visit dan meninggalkan sepatah dua kata di ruang komen dan meninggalkan link di cbox? Masih adakah exchange link? Exchange doodle? Lol kau tanya siapa anis?

Back then, I should think. Reason why aku buat blog tahun 2012 suatu ketika dahulu. Kenapa dan kenapa. 

First and foremost, aku nak express feelings in terms of writing. Walaupun bahasa dulu-dulu faham lah kan. 

Aqoe
Nuck
AttenTiOn!!

Jangan risau, aku dah sedar betapa bodohnya guna bahasa rempit/dak wicet. Dalam post ini juga aku gunakan bahasa rojak (BM+BI). Im sorry for that. Hanya mahu tingkatkan prestasi menulis in english. 

Express myself. Apa benda yang aku nak express? Mungkin sekarang dah 21 tahun, aku baru sedar apa yang aku nak sampaikan. Why not dengan blog yang dah sedia ada ini, aku sampaikan informasi mungkin berkaitan dengan isu semasa; pendidikan di Malaysia for example dengan cara aku tersendiri. Mungkin aku ambil sumber rujukan daripada blog lain/newspaper dan aku buat olahan sendiri. Besides that, mungkin juga aku boleh post tentang Ilmu Geografi memandangkan aku mengambil kos pendidikan geografi di UPSI. Kenapa aku baru terfikir benda ini semua?

Ok, sejujurnya. Asalnya post ini aku nak buat tutorial bagaimana membuat banner untuk program-program menggunakan Publisher. Since kawan aku pun ramai tanya macam mana nak buat. Aku pun jawab bodo bodo je. Maka, why not aku ajar dari A hingga Z. Tak rugi pun.

Malah bayangkanlah berapa ramai yang baca post kau. Mungkin sekarang ini viewers aku tiada langsung. Haha. Tapi penulisan aku di sini kekal abadi. Jadi, if aku sampaikan walau sekecil kuman info di blog, berapa ramai yang baca dan suka. Macam tutorial banner, adakah ia membantu mahasiswa/i untuk membuat banner sendiri. Tak ramai tak apa, asal ada. Seronok kan dapat tolong orang? Padanlah ramai buat tutorial buat blog semua.

Sesungguhnya aku baru sedar. Menjadi seorang blogger boleh menjadikan blog sebagai medium untuk meningkatkan pahala. Selama ini post aku lagha je semua.

Alhamdulillah sedar.

Ciao.

Related image
I love clouds!
Next update nak story pasal awanlah. Hehe
 

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

No comments: