Sunday, 21 October 2012

Petua Memerahkan Bibir

Assalamualaikum kum kum ....

Di sini anis ada nyatakan beberapa petua untuk memerahkan bibir di samping bertujuan untuk kelihatan ceria dan wajah tidak bermuram durjana umpama menyedut kentut orang yang tidak kentut selama sebulan 14 hari.. Kepada sesiapa yang tidak yakin keluar rumah tu disebabkan bibir suram, try lah buat petua ni dan InsyaAllah berhasil. Cuma perlukan usaha dan semangat sekuali atau lagi bagus gunakan kuali kacau dodol. Ianya lebih besar dan luas. Kui kui, so jom tengok petuanya!


Petua1.

Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur. Insyallah ia berkesan.

Petua 2.

Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. Bila masa pulak semut tuh nak naik, mungkin kita tidur kot??

Petua 3

Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Dah lepas tuh jangan makan apa-apa ketika masa ini, kalau tak kesannya kureng lah kan.

Petua 4.

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah. Tuh dia

Petua 5.

Hampir sama seperti petua ke4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari dirumah. Kemudia hasilnya bibir akan nampak merah dan sedikit jingga.

anis tak biasa pakai madu sebab, takut time tidur ada serangga2 kecil menyerang.
Wajib ni! Guna ubat gigi yang halal, lagi suci dan murni.

Peringatan sebelum menutup tirai :
  1. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran .
  2. Jika anda merokok, lagi bagus berhenti.
  3. (Wanita) Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik berada di bibir.
  4. Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
  5. Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
  6. Gunakan pelembab bibir yang mengandung tabir surya untuk siang hari. Untuk menjaga kelembapannya, alirkan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
  7. Sebolehnya pakai lip balm setiap hari. Kalau nak keluar, digalakkan pakai. Sebab tak mahu panas matahari tu kena bibir yang cantik tuh. Nanti mula lah nak kering and pecah2. (Ehem2x) Lelaki pon boleh pakai lip balm okay? bukan perempuan sahaja.
Dan InsyaAllah hasilnya sebegini rupa :
Cun bukan? Ibarat bibir Angelina Jolie...So apa tunggu lagi? Bertindak segera sebelum terlambat. HAHA

p/s: Sebolehnya Gunakan bibir mu yang cantik dan seksi itu ke arah kebaikan seperti sentiasalah ucap kata-kata yang elok, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain. Banyakkan berzikir. Subhanallah.

Sumber : petua nenek, mamacantik, petuawebs, petua.org dan zikrihusaini.


THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

9 comments:

Nisha said...

Jom Join ^_^

http://nornishanisrina.blogspot.com/2012/10/segmen-colour-monster-by-nisha.html

berharap sangat kamu Anis^_^ Senang je .. Cume kene colour gambar monster ^^

Nisha said...

Tag Anis ^^

http://nornishanisrina.blogspot.com/2012/10/ice-watch-giveaway-by-mibz-and.html

Student Kecik said...

@nis InsyaAllah sy join, ek? ^^ Thanks

Unknown said...

Thanks for sharing it...
Berbeza dengan Anis, Wilma amalkan letak madu di bibir...Memang berkesan...Bibir jadi merah dan segar jak :-)

Student Kecik said...

@Dunia Wilma My plessure :) Ohh, anis memang nak letak madu, cuma madu dalam rumah anis dah habis. Hehe T^T

Nurul Alia Syuhada said...

Tabir surya tu apa? And mcm mana nak cari pelembab yang ada tabir surya?

Student Kecik said...

@Nurul Alia Syuhada saya rasa tabir surya tu macam pelembab atau sunbock macam tu. hehe x sure la. cuba cari google ^____^

Nurul Alia Syuhada said...

Dah cari google tapi tkfaham. Huhu.Agak2 Anis tahu tak pelembab mcm mna yang ada tabir surya ? Hehe maaf banyak tanya ^^

Student Kecik said...

@Nurul Alia Syuhada hehe anis rasa kat pelembab muka macam tu ada. maaf ye kak nanti saya tanya orang ^___^