Saturday, 12 January 2013

Haa, Kantoi Bukak Page Source

Jangan buka Page Source saya. Kalau saya tahu saya cabut gigi awak guna spana basikal. Pastu saya catkan muka awak dengan kapur kasut saya, saya make-upkan muka awak macam badut sarkas. Tak lawak? :P
Assalamualaikum dan salam Sabtu 

Pernah nampak ayat yang aku merahkan tu? Pernah buat tak benda tuh? Tipu lah kan tak pernah. Sejujurnya aku pernah buat. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali. Time tu bisikan setann di telinga kiri dan kanan aku. "Anis, kau curik je kod dia, nanti kau tukar lah sikit-sikit" Nampak? Betapa bodohnya aku pi dengaq cakap si setan tuh.

So, aku dah tak nak kumpul dosa banyak-banyak pi copy kod orang, bubuh dalam blog aku. Cukuplah. Biar la aku usaha sendiri lepas ni. Tak baik pun. Aku nak PMR dah, kang tak pasal-pasal dosa mencuri kod html orang menimbun dalam hati aku yang berbentuk love ni. So korang pun sama gak, stop lah kegiatan mencuri tu. Aku dah pernah dah jumpa sorang ni. Dia curik gambor aku . Ehh bukan gambar muka aku yang comel nih, gambar yang aku design sendiri kat Photoscape.

It's ok, aku tak cakap pape pun kat dia. Aku tak sound pun kat dia. Takpelah kan, itu je pun aku nak sound buat ape. Buat kering ailiur je. Lagi bertambah musuh adelah . Biarlah, aku ni bukannya jenis cepat melatah. Pii lah amik, wa tak kesah pun :3 Aku pernah curik kod orang jugak, buat at least, aku tak pernah curik gambar yang orang design sendiri. Hampa ingat senang ka nak buat. Perah otak tau. Ehh termarah pulak. Kihkih
Kadang-kadang aku terfikir jugak, kenapa orang panggil copycat. Sedangkan kucing aku tak pandai mencuri. Dia curik makanan aku jer, makanan orang laen dia tak curik. Sedihh, kucing jugak kita cakap pencuri. Sob sob.

4 comments:

nis said...

Jom join :)

http://myon9diari.blogspot.com/2013/01/segmen-colouring.html

Ika Johan said...

Jemput join :-)

http://ikajohans.blogspot.com/2013/01/new-year-giveaway-by-sheera-aya.html

♥ Anis said...

@nis InsyaAllah :)

♥ Anis said...

@Ika Johan InsyaAllah yee :)