Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tinggal Zaman Online Memanjang


Assalamualaikum. Budak sekolah macam aku ni, mesti rasa sedih kan sebab nak sekolah. Yelah, dah sekolah kita jadi busy. Busy dengan apa? busy dengan homework tigapuluh tingkat, busy dengan exam, busy dengan folio dan beribu-ribu busy lagi lah. Sibuk nya macam menteri pulak. Tapi takpe, kalau nak mudah, kita fikir je kita lah manusia yang paling bertuah sebab dapat pergi sekolah. Ada jugak orang yang kurang bernasib baik. Pergi sekolah nak menimba ilmu untuk masa depan kita jugak kan?

Errgh, dah start ceramah budak kecik ni -.-

Dalam aku rasa sedih, tahap malas aku dah sama taraf tingginya dengan menara KLCC. Jadi jangan ambik saya sebagai menantu anda.Malas-malas, aku rindu jugak nak jumpa, tatap wajah-wajah yang aku sayang. Mestilah kawan, cikgu, makcik-pakcik kat sekolah tu. Rindulah, dah berapa juta tahun aku tak jumpa. Huk huk rindu lahh

Semalam aku baru dapat tahu yang aku turun kelas. Kelas kedua. Sedih? Tahap kesedihan aku sama taraf dengan tinggi jari kelingking aku. Kalau nak tahu, itulah doaku sejak aku masuk kelas pertama. Pelik, kan? Ada ke aku doa nak masuk kelas kedua. Ouh, tapi aku sayang lagi kelas kedua daripada kelas pertama. Banyak kenangan aku kat kelas kedua tu time aku form one tahu. Kan Allah dah makbulkan doa aku. Haa masuk lah kau anis dalam kelas kedua :') HIK HIK

Dan last sekali, aku nak ucapkan selamat bersekolah, selamat berkerja, selamat tahun baru Semoga kita sentiasa diberkatinNYA. insyaAllah.

"Hanya nak ucap, HAI followers Student Kecik. Saya sayang awak"

8 comments:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Mak aih terkejut hakak scroll bawah jumpa gambar encik 'gula-gula bungkus'. Nasib baik belum malam. Hehehe.

Selamat tahun baru, Anis. Semoga 2013 Anis sentiasa ceria dan dipenuhi barokah. Amiin~ ^_^

♥ Anis said...

@Siti Nurhuda Husna Zulkarnain Haha sorry kak :D Saja bubuh gambar encik 'gula-gula bungkus'.

Amin..InsyaAllah :D

red jambu said...

jangan malas2.. belajar leklok okey.. akak doakan kjayaan adik. insyaallah. D:

cikziela rafie said...

selamat kembali ke sekolah adik :) belajar rerajin dan jangan memalas eh. nanti kena babab nnt. hehe

♥ Anis said...

@red jambu Amin..InsyaAllah :) terima kasih kak comel ^^ HIHI

♥ Anis said...

@cikziela rafie InsyaAllah anis tak malas. HIHI takutlah nanti kena babab dengan akak :D

Cik Gee said...

alahai.. terbukak pulak blog ni pukul 3.36 pagi.. mmg terkezut tengok gambor gula2 bungkus bwh tu.. huhuhu... :(

♥ Anis said...

@Cik GeeHaha, jangan marah aa. Surprise ! :D