Tapi,Ahmad menolak,dia rasa tenang untuk berjalan dalam hujan.Boleh juga dia menenangkan fikiran setelah empat jam kepalanya dibebani dengan fakta2 yang baru diterimanya di kelas tadi.Berbekalkan satu payung dia berjalan perlahan menuju ke perhentian bas.Langkahnya sengaja diperlahankan, dia membiarkan sahaja mukanya dibasahi tempias hujan.Setelah sampai di perhentian bas, Ahmad segera melabuhkan punggung di bangku batu yang disediakan.Hujan masih renyai2.
"Boleh tumpang tanya?Sekarang pukul berapa ya?"Ahmad bingkas bangun, rupanya dia tidak perasan di belakangnya ada seorang perempuan muda berdiri sambil memegang sekaki payung.Dengan pantas Ahmad mengeluarkan telefon bimbit dari koceknya.
"Pukul 10:15 malam!"jawab Ahmad ringkas.
Perempuan itu terus duduk di bangku panjang, meletakkan beg yang dibawanya di sebelah.Walaupun aktif berpesatuan dan menjadi penebat fakulti, Ahmad seorang yang pemalu.Untuk menghilangkan rasa segan, dia terus menekan punat 2 telefon bimbitnya.Sengaja dibuat sibuk.Entah apa yang ditekannya dia pon tak tahu.Ahmad sememangnya pemalu,terutamanya dengan perempuan.
"Duduklah, saya tak makan orang!"Kata perempuan muda itu sambil menguntumkan senyuman manis kepada Ahmad.Ahmad senyum kembali, diperhatikan wajah perempuan muda itu.Kulitnya cerah, matanya seakan-akan bercahaya di tengah kesamaran malam.Ahmad segera duduk di bangku.
"Comel jugak budak ni!"kata Ahmad dalam hati.
Perempuan muda bertudung itu memakai pakaian sukan, siap bersepatu joging dan berjaket sukan.Pelik juga Ahmad tengok, takkanlah gadis itu hendak bbersuka tengah malam2 buta ni."Baru balik kelas ke?" tegur perempuan muda tadi."Ha'ah, tadi kelas habis pukul 10:00!" jawab Ahmad selamba.
"Awak ni student Fakulti mana? Part berapa?"tanya perempuan muda itu lagi."Saya student Fakulti Undang2.Awak?"jelas Ahmad.Seronok juga dapat berbual, kalau tidak bosan dibuatnya menunggu bas yang tidak nampak bayangannya pun lagi.
"Oh , ya ke, saya fakulti sebelah je, Business Faculty , ni semester last saya. Malam2 macam ni selalunya saya seorang je yang tunggu bas kat sini!"Perempuan muda itu memperkenalkan diri, namanya Umairah.Seronok Ahmad dapat berbual dengan Umairah, biasanya pelajar2 perempuan di kelasnya sombong.Kalau tak sombong pun, tiada apa yang boleh dibualkan. Personaliti kebanyakan mereka dan Ahmad berbeza.Tapi, semua mereka berbeza dengan Umairah. Setiap topik yang dibangkitkan oleh Umairah untuk dibualkan kebetulan menjadi minat Ahmad.Dari perbualan tentang sukan hinggalah ke politik, perbualan Umairah dan Ahmad begitu rancak sehingga tidak sedar bas yang ditunggunya dari tadi telah berhenti di hadapannya.
Ahmad segera bangun untuk menaiki bas, tetapi Umairah masih lagi duduk di bangku perhentian bas.
#bersambung..
4 comments:
Anis.......
postlah lagi citwer nihhhh............
oke2..sat noo..
Citer ni saya buat tahun lepas. Hantar kat mastika, tapi diorang x siarkan cerita baru. Ada sambungan kisah Ahmad dan Umairah.. Kalau berminat, boleh lah e-mail saya. ahmadsoffian@rocketmail.com
@Ahmad Soffian Ha'ah sy dapat cerita ni dari majalah mustika, terima kasih tk pelah :)
Post a Comment