Thursday, 24 January 2013

Segmen: I love Rasulullah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  ،  السلام عليكم

Mari basahkan lidah kita dengan berselawat kepada Nabi Muhammad. Bersempena dengan hari yang mulia ini, Hari Maulidurrasul. Iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
اللهم صلي علاء محمد و علا ءالحى وا صح بيهي و سلم

** Klik banner untuk join sekali **

- Satu hadis Nabi
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.


- Apa yang saya faham berdasarkan hadis si atas, sebarkan lah ilmu pengetahuan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita kepada orang lain walaupun sepotong ayat.. Sumber.

Sifat Nabi yang amat saya kagumi. Baginda seorang yang sentiasa tabah dengan ujian yang Allah berikan kepada Baginda. Baginda juga seorang yang sabar dan sentiasa berusaha untuk menyebarkan agama Islam walaupun dibaling najis oleh orang kafir. Sentiasa taat dengan perintah Allah. Justeru disebabkan itu Rasulullah dijadikan sebagai idola saya. Saya juga ingin menjadi seorang yang kuat dan tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan kepada saya. Menjadi seorang pelajar yang tidak kenal erti putus asa dan menjadi seorang anak yang solehah dan sentiasa mengikuti apa yang disuruh-NYA. InshaAllah

Jika saya diberi waktu seketika untuk bertemu Rasulullah, saya akan luahkan
" Ya Rasulullah, kami amat merinduimu, kami amat menyayangi mu, kami amat mengagumi mu, kami meminta maaf kerana kami jarang mengingatimu, kami jarang mengikuti sunnahmu, maafkan kami Ya Rasulullah. Kami ingin berjumpa dengan mu dijannah-NYA kelak "
Mari berselawat bersama-sama 
اللهم صلي علاء محمد و علا ءالحى وا صح بيهي و سلم
“Janganlah kamu menjadikan kuburku sebagai tempat mengadakan perayaan (‘Ied), dan janganlah pula kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Di mana pun kamu berada, berselawatlah kamu ke atasku, kerana sesungguhnya selawat kamu tersebut sampai kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 14/403) 

Syukran Kak Aini Shahroni kerana melancarkan segmen ini.
Semoga mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah :)

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

2 comments:

Nursha said...

masyaAllah! terima kasih juga kerana sudi memeriahkan segmen ini..semoga Nabi bisa tersenyum dan gembira memiliki umat seperti kamu..teruskan sayangku..moga Allah pertemukan kita semua bersama-sama Nabi di Jannah-Nya..inshaAllah!

Student Kecik said...

Amin Ya Rabbal Alamin :D
InsyaAllah Kak !