KAWAN? Semua orang perlukan kawan. Maybe saya pernah update tentang kawan so I don't want to talk much about friends. Just want to say friendship is everything. Friendship can't pay with money and whatsoever. Find our friends is like a camera. Focus on what important and you'll capture it perfect! Do you get it? I don't know why today I am so weird -..- (test speaking) Okay, I want to ask you one question, if you have boyfriend/girlfriend/couple, and you don't have any friend. If your couple leave you alone, who you want to go? Pray to Allah, back to your family and ..... looking for your friends. Am I right?
(cakap Malay) Kalau di sekolah, misalnya kita sakit, siapa yang susah hati? KAWAN! Mesti kawan yang susah hati. Confirm lah. Diorang lah yang bersusah payah menolong kita. Okay, saya pernah sakit di sekolah. Kawan-kawan saya yang bantu saya dan saya amat menghargainya. Diorang temankan saya sepanjang masa. Jasa mu akan tetap ku ingat, kawan ku :') Allah saja yang dapat membalasnya.
CINTA? Macam mana pulak dengan cinta? Umat Islam, cinta kita kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W, cinta kepada kedua ibu bapa dan selebihnya. Kepada yang masih bersekolah seperti saya, maybe kita perlu lupakan soal cinta kepada rakan sebaya/satu sekolah. Zaman sekarang, budak darjah 1 pun dah ada yang bercinta. Cuba fikir, kalau kita bercinta, atau kita minat gila-gila dekat dia. Tiba tiba dia mintak putus atau dia ada orang lain. Kita jadi apa? Jadi gila ek? Pelajaran pun jadi apa? Jadi tunggang langgang kerana kita FRUST! Frust kerana cinta tidak berbalas, frust kerana dah memberikan sepenuh jiwa raga kepada dia. Akhirnya ditinggalkan.
Terasa janggal pula saya menyebut tentang cinta memandangkan usia masih terlalu mentah untuk merasakan nya. Saya tidak pernah bercinta. Secara jujurnya, memang saya menyukai seseorang dalam diam. Semua orang ingin rasa di sayangi, betul? Tapi kita tetap boleh kawal perasaan yang hadir tanpa diundang, kan? Apa yang penting sekarang, masa kita belajar, belajar betul betul sampai dapat ijazah. Masa kita kerja, kerja betul betul sampai gaji lebih dari doktor. Masa kita main, main betul betul sampai menang. Masa kita bercinta, kita bercinta betul betul sampai....? Eheee, tak mahu sambung dah, letih nak taip. Bye dan assalamualaikum.