Sunday, 23 September 2012

Pengalaman Baru Yang Mungkin Sekali Dalam Seumur Hidup

Tajuk gua bikin gempak je T-T Eh sejak bila bergua-gua ni?
Hiesh, ni ada lagi satu pengalaman yang mungkin sekali sahaja dalam hidup aku dan aku takkan lupakannya sampai bila-bila. Wuuu. ayat tak boleh belah

Semalam, kan aku pergi sekolah ganti, ada pulak latihan koir untuk konvo time tuh. Tak belajar lah, kitorang duduk dalam bengkel paip macam tempat PATI berselindung je. Sebab tak belajar. Hehe :P
"Lalalalalala...." You raise me up.. this is mee.. lalaala" Sampai lah cikgu bagi kitorang pergi berehatkan minda dan suara. LOL :P So, mula mula kitorang pergi mengisi perut dulu. Aku, Syafiqah, Kd, Alia makan nasi lemak. Dah lepas semua kenyang, perut dah buncit, kitorang naik atas pergi surau nak solat Zohor. Then, solatlah dengan group koir.
Pelanduk 4 serupa :P Theehee
Dah solat kitorang duduk-duduk dekat surau, tunggu sampai masa 4.10 p.m Sembang-sembang dekat situ. After that, you know what? Kawan aku ade lah dalam 2,3 orang datang lepas tu bagi berita yang gila-gila mengejutkan! Diorang cakap, "Weh, korang! Kita dah terkurung! Pagar dekat tangga tu berkunci. Tangga lelaki dan perempuan." Pastu ada orang mencelah "Korang biar betul!?" Kawan aku balas "Sumpah! Kitorang tak dapat nak bukak pagar tu". Aku dah lah time tu tengah lipat telekung, bila dengar je macam tu langsung terburai telekung tu.

Memandangkan kitorang gegirl je dekat situ, di tingkat atas sekali, semua menjadi PANIK ! Ya Allah, memang kitorang takut sangat-sangat. Semua berlari keluar dari surau, pakai kasut cepat-cepat, turun ke pagar tu kitorang jerit dekat orang bawah. Huh rasa nak gugur jantung aku. Terjerit-jerit lah kitorang dekat atas tu beramai-ramai mintak sesiapa membuka pagar.

Keadaan menjadi semakin KRONIK! Aku, Alia, Syafiqah, Kd tak tau ke mana, Adlina. Pergi dekat pagar berkunci tu kan, aku tengok macam tak berkunci. Then, Adlina pergi tolak pagar tu, pagar tu terbukak! Hahaha, seriously, pagar tu tak berkunci pon. Dia macam dekat belakang tu je yang ape benda ntah T^T Wakenabeb! Huhuhu, kitorang turun dengan perasaan malu yang menebal. Sekian .......
Anis sign

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

No comments: