Saturday, 15 September 2012

You Always Make Me Happy =)

Assalamualaikum
PERHATIAN : Entry ini tidak ada kena mengena dengan pakwe/bakal suami/capital2 tuh semua.

Entry malam ni khas untuk sahabat. Eceh! Sahabat. Semua orang ada sahabat. Orang yang dekat dalam wad Tanjung Rambutan, Perak pon ada sahabat. Tak percaya? Saya lah kawan diorang. Semua kawan-kawan saya sama je dengan diorang. Dari segi perangai dan perwatakan. HAHA #Mampuih ceq kalau diorang tahu.

Hah. Korang pon ada SAHABAT. Macam kawan2 saya, dekat sekolah tidak kira masa tu cikgu tengah mengajar ke, tengah dok jalan pergi makmal ke, tengah makan ke, tersedak susu ke, ape ke. Confirm gelak-gelak! (kecuali waktu solat)

Eh? Aku pon mcam tu jugak :P So sebab tuh aku ni gila-gila punya budak! Dekat rumah takde lah gila macam kat Sekolah :P LOL. Sejujurnya, memang saya akan rasa bosan bila kawan-kawan saya takde. Haih, tau tak, dekat sekolah saya digelarkan Mak Nyah! Nak tau sebab apa. Sebab, lepas solat, saya pakai kasut paling lambat ): And kitorang akan bersaing pakai kasut paling cepat, turun tangga dan duduk. Kalau siapa yang last, dikira sebagai NYAH! Huh. Seriously, macam budak-budak tadika, kan? HAHA. Budak-budak tadika okey lah lagi pakai kasut lekat. Kitorang pakai kasut tali memang lambat lah kan. Hikhik. But at least, It makes I feel happy! Yup! Very happy =)

Kita boleh tengok betapa pentingnya sahabat kepada kita, kan? So siapa yang ada ramai kawan tuh jangan lah selalu nak menyakitkan hati diorang. #macam saya lah :P Tanpa kawan, tiada sokongan, tiada hala tujuan. Waah, ayat main hentam gitu je. Berpisat-pisat mata saya ni menahan ngantuk. @_@ Okey, nasihat saya sebagai wakil kepada kucing saya yang tengah bunting, "Jangan mensia-siakan persahabatan kerana itu adalah suatu perkara yang mulia." Kalau kawan dalam kesusahan, cepat2 lah tolong diorang. A friend in need is a friend indeed
Hehe. bye2

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

2 comments:

Anonymous said...

kwn gak y wt hidup kite tmbh ceria kn ^^

Student Kecik said...

@Novelgurl Yup! Setuju sangat :D