Thursday, 20 September 2012

Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum. Alhamdulillah, tadi dekat sekolah anis menang melukis poster tempat ke-3. Hee, rezeki anis naik pentas lagi sambil mendapat penyakit parkinson yang terlampau lah OVER! Memang dah natural perkara itu akan terjadi time dipanggil nama guna microphone -..- Haiih, macam mana lah nak hilangkan penyakit tuh? lol :P

Tadi dekat sekolah anis ada sambutan penutupan bulan kemerdekaan. Memang best lah sebab ada banyak persembahan. Mula-mula tarian kipas (kaum Cina), lepas tu menari tarian Zapin, pastu tarian kaum India. Ehh, lupa pulak tarian apa tu. And yang paling syok sekali, ada Dikir Barat dari pelajar2 SMKBS 2. Okay, sebaai contoh tengok Karoot Komedia X. Memang copy paste kau-kau punya dari situ. Hahaha

Lepas persembahan, ada penyampaian hadiah. Eh anis tak tau pulak yang kerja seni melukis poster tuh pertandingan. Cikgu Merri cakap, semua orang WAJIB buat poster tu untuk dapat markah final exam. Waah, alhamdulillah, poster anis buat last minute tu dapat nombor.3. Susah nak percaya.

Haa, hadiah tempat ke-3 tau tak dapat apa? Dapat rm100 ! haha, anis tipu sama kau saja lah, dapat colour STABILO yang mahal tuh. Eh saje tambah mahal. Weee, dengan muka 100% terkejut. anis cakap lah kat kawan "Eh nama aku lah." Tapi tak bangun pon - -' Kawan yang suruh bangun. Naik pentas tangkap gambar dengan Pn. Norhera. Hehehe, senyum takut-takut je atas pentas tu. Confirm buruk gila gambar tu =..= Makk, tolongg!

Waah, blogger ni memang dah menepati janjinya untuk menukar dashboard yang lama ke baru. Tadi bukak dashboard, ternganga anis. Sedih nyaaaaaa. Bye dashboard lama, I will miss U. ceh

Sekian, bye bye