Monday, 3 September 2012

Dugaan Yang Diterimaku

Assalamualaikum.
Rasa malas je nak update blog. Rasa KOSONG. Rasa tak bermaya. Rasa, rasa, rasa !
Pernah dengar tak lagu ni?

"Hitam putih kehidupan,
Sendiri yang menentukan,
Hidup ini usah persiakan"

"Tiada yang dapat lari,
Dari masalah diri,
Hadapinya dengan tenang,
Tiap cabaran yang datang,
Hadapinya dengan keminanan"

Aku sentiasa ingat lagu tu. Dan aku rasa sedih. Allah berikan aku dugaan di luar batasan aku.
Aku didapati mendapat penyakit berjangkit. Aku tak nak bagitau sakit apa. Dan sebab itulah aku tidak hadir ke sekolah. Bukan chicken pox atau konjunctivitis. Lain. Penyakit dulu2.

Mak kata, "Takpe, mak pun pernah kena dulu".
Memang aku lega dengar mak cakap macam tu. Tapi lepas search google tentang penyakit tu, aku jadi takut. Aku menangis dan aku mengadu dekat mak.
"Mak, akak takut dengan penyakit ni. Akak takut tak boleh hilang."
Aku terfikirkan kawan2 aku. Aku terfikirkan pelajaran aku. Aku terfikirkan final exam yang akan dijalankan tak lama lagi. Aku dah banyak ketinggalan pelajaran. Sebab tu lah aku menangis.

Semalam, aku pergi beraya dekat Shah Alam rumah saudara. Demam teruk sangat. Muntah-muntah. Menggigil. Selalu aku yang bising dengan adik saudara aku. Tapii... asyik baring merehatkan kepala yang berdenyut ni je. Bila ayah/mak saudara tanya sakit apa. Mak katalah DEMAM dan xxxxxx. Aku rasa sedih. Menangis aku sebab .. takut.

Tapi aku nak penyakit aku ni dirahsiakan kat kawan2. Biar keluarga aku je yang tahu penyakit apa ni.
Mak kata lagi, "Setiap orang mesti pernah kena penyakit ni sekali dalam seumur hidup." Macam chicken pox lah. Dan aku lega lagi. Tapi tak lama pun, aku cari lagi google. Aku nangis lagi. Hati aku tak tenteram. Tadi dah pergi klinik 1 Malaysia. Doktor tu bagi ubat demam dengan ubat xxxxxx je. Dua ubat je doktor tu kasi.

Penyakit ni berjangkit. berjangkit. berjangkit. Mak kata kalau kena penyakit ni tak boleh pergi sekolah. Takut berjangkit dengan kawan2. Mana tak sedih ? Kalau chicken pox takdelah aku sedih sangat macam ni sampai menangis-nangis.

Aku rasa teramat takut. Tadi buat homework pun macam tak ada perasaan je. Buat tu memang lah buat. Tapi macam tak ada rasa apa-apa. Sebab takut MENGUASAI jiwa. 

Ya Allah, sembuhkanlah hambamu ini. Aku nak pergi sekolah dan belajar. Bantulah hambamu mencari ketenteraman dan jauhilah penyakit ini daripadaku. Amin Ya Rabbal Alamin.

KU TAHUKU ADAMU SELALU

1 comment:

Mumbling online............. said...

Anis ..!! jgn jadi camni..ko saket ape..??jadi ko tak gi sekolah lah..~ ala..~ :'(ah!!