Monday, 27 May 2013

Tips Untuk Mudah Tidur

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Assalamualaikum | Salam sejahtera

Intro yang tak de kena mengena ...
tadi blogwalking sana sini dari segmen nabeel stories. kebanyakan blogger student besar. haha maknanya  umur 2o lebih macam tu lah. terdetik rasa jely iollss nak jadi besar secepat mungkin. tapi tapi pmr pun tak lepas lagi. alahaii . 
habis dah intro ni .. he he he


Nak tanya. Cantik dok mata tu ? syyhh .. itu mata kawan saya. Kalau nak puji puji dalam hati jer.. kang dia baca nie kembang kuncup hidung dia. saje ja saya curik gambar ni dari fb. kalau nak mata camtu jangan ler nak tidur lambat cam pukul 1 2 3 pagi. Bangun pagi besok tengok cermin melalak pulak tengok eyebag kemain besauu badak. Mata pun sembabnye kemain mengalahkan hantu. Anis bagi tips nie pun berdasarkan pengalaman , pengalaman time nak tidur. sebelum tidur tu mesti dok fikirkan something kan? lepas tu sengih sorang sorang.

  • Kalau nak tidur tu, jangan letak berpuluh puluh bantal keliling badan !
Kenapa ? Ye lah bila dah letak bantal peluk dekat tepi, teddy bear kat tepi, bantal busuk dekat kaki, selimut lagi, teddy kecik kecik lagi sekeliling badan kita nie. Selesakah bagi anda? Mesti rasa rimas betul tak betul tak ? Selesakan tempat pembaringan anda tuu dulu baru lah rasa macam sleeping beauty. Bila mata tu dah pejam haa masa tidur tu boleh lah peluk peluk bantal busuk sebab time tu dah tak ingat ape
  • Cek dulu rumah dah kunci mangga belum ?
Anis suggest macam nie sebab tak lah nanti bila dah baring sedap sedap baru teringat fasal rumah. Tertanya tanya pulak "aku dah kunci rumah ke belum ek?" . Haa mula lah tu baru tergedik gedik bangun. Last last tengok rumah dah kunci dah .. tak ke membazir masa tidur tu? hahaha :P
  • Basuh kaki, baca doa'
Kalau tak nak kena nightmare kahwin dengan Shrek punya atok basuh lah kaki dulu. Lebih elok ambik wudhuk. Jangan lupa pulak baca doa' tidur. Macam mana adik adik ?
Kalau nak lebih baik, baca Ayat Kursi. InsyaAllah malaikat jaga kita masa tidur. 
  • Pastikan bilik tidur mempunyai bau yang menyenangkan
Kalau dah bilik tidur bau macam tungkik syiokk ke tidur kita ? "Syiokk woo!" kata cik kus dan cik pas. Tolong jangan ikut tabiat buruk si tikus dan si lipas anak beranak. Merana tidur kita, bro. Pasang lah automatic spray tu. Apa namanya, Ambi Pur? Tapi kalau degil sangat sembur Febreeze dekat bantal pastu tidur. Kalau nak mudah tenggelamkan minyak wangi dalam lobang hidung. sekian .. kalau ada efek dalaman saya tidak bertanggungjawab T____T juga tiada insuran untuk ini. keh keh keh

-------------------------------
TIPS BANGUN AWAL
-------------------------------
yang tips nie ayah anis yang suggest. Beliau kata "tepuk bantal tu dua kali lepas tu cakap bangun pukul berapa" .. sendiri cuba sendiri tanggung yer. okey tata
 

6 comments:

rodiyatul akmar said...

nice sharing :P

anis Sk said...

thankss :P

S.K.A said...

kenapa nk besar?? he3 SK ni kecil sgt ke?? pmpn nmpk cute je kalu kecik2 hehehehe..nice sharing =) tips yg berguna..btw mata 2 mmg cntik..

anis Sk said...

hehe ade lah sebab2 tertentu . malu la nak citer. terima kasih.. ^^

Hunny Kitty said...

akak amalkan selawat dan jugak berzikir sebelum tido InsyAllah esok bagi bagun rasa segar badan... :)

anis Sk said...

@Hunny Kitty ha'a betul tu kak. Saya pun kadang2 . terima kasih igtkan :D