Saturday, 2 February 2013

Mood Demam

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Haaachooo ! Haachooo ! Haaaaachoooooooo"

Eeee habis hingus dan semua benda yang seangkatan dengan nya berebut-rebut nak keluar dari aku punya hidung. Dugaan time cuti demam serang aku. Jika ini yang terbaik yang ALLAH berikan, aku redha :) Start dari semalam hingus aku meleleh-leleh. Suara pun menjadi semakin rock! Yeh yeh . Boleh aku pergi ujibakat masuk kumpulan Wings.

Masuk harini, aku dah mula batuk-batak o_- Tekak pun gatal gatal. Nak digaru, haru kang jadinya. Kepala pun dah pening lalat.Time tulis ni pun kepala aku tergeleng-geleng 360 darjah. Lalat pun dah jadi bestfriend aku. Sekaligus menjadi haiwan peliharaan aku sepanjang masa hari ni. Haha :D

Tapi anehnya, kepala aku tengah pening pun, sempat lagi aku decorate blog aku, kan? Hampeh betul budak ni. Esok last aku bercinta dengan blog. INSYAALLAH

Lepas ni kau bukak lagi ke Anis?

Ya mestilah aku bukak blog lagi. Tapi sekejap-sekejap je. Well, dah masuk bulan dua tapi aku masih tergedik-gedik dengan blog. Apa kes? Dah lah aku ni salah seorang calon PMR yang terakhir. Come on batch 98' ! Tingkatkan bilangan pelajar yang mendapat 8A lebih tinggi jumlahnya daripada tahun lepas. Control nafsu , jaga hati, jangan dengar hasutan syaiton . Auzubillahiminasyaitoonirrajim

Mak aku dah tak kasi dah aku bukak tenet T^T Masa UPSR dulu, aku bagi 3A 2B je dekat mak abah. Kecewa sangat sangat sangat sangat. Sangat sangat :(  Dan sekarang ni lah masanya, untuk aku membalas jasa mereka. Tak de lagi masa untuk aku main main. Tak de lagi masa untuk aku sambil lewa. Sekarang, masuk bulan 2 ni, masa untuk aku menjadi semakin serius !

Tengok, time aku demam otak aku ni banyak pula ideanya. Aneh aneh .


4 comments:

NUR SABRINA FIRZANAH said...

cepat sembuh ye . all the best for your pmr ! yeah .

♥ Anis said...

@NUR SABRINA FIRZANAH terima kasih ! Amin InsyaAllah :D

syazrin said...

Moga cepat smebuh yer, gudLuck utk pelajaran awk :)

♥ Anis said...

@syazrin Terima kasih :) insyaAllah Amin :D