Saturday, 10 November 2012

Fabulous 30

Assalamualaikum, hi. *bunyi cengkerik* Hmm, ok, sejak kebelakangan ni kan, blog dahku asyik-asyik merengek! Melalak-lalak cakap takde kawan, takde kawan. Sedih gua mendengarnya :'( Rasa nak melalak sekali. Then, aku pujuk blog aku supaya join segmen yang boleh menaikkan trafik blog. Contohnya, macam segmen Follow Sampai Meletup by Khairunnisa dan Siti Hajar. Nak join sila klik link tu. Hehe, promote-2 :3


Perasaan aku menggebu-gebu nak tengok cerita Fabulous 30 Thai Film. Seriously, lebih gebu daripada bulu Garfield. Lepas tengok iklan dekat Astro, nak aje gua tempah dekat Astro First. Tapi apakan daya, haritu baru aje order cerita Aku Terima Nikahnya, la ni takkan nak order lagi T-T Pokai duit abah.

Ape yang dahku boleh lakukan ialah, tengok aje lah iklan dia. Huuuuu, hensem lah jejaka a.k.a hero tuu. He's 24. Yang watak heroin nya pun cun. Mak gua cakap dia dah lama tak berlakon. And she's 30. Sweet sangat. Yang awek tu lagi tua atau ayat yang sedap "matang" lagi daripada si pakwe. Alah, 6 tahun jer beza, bukan alasan tak boleh sesama :P Wah, doktor cinta ke gua ni..hehe
Eiii, tengok comel je deme ni. Menimbulkan perasaan cemburu di lubuk hatiku. K dah start jiwang. Eh tengok muka lelaki tu macam muka Reihan Benci Bilang Cinta lah pulak ;p Macam-macam lah aku ni. Haa, minggu depan tak silap Benci Bilang Cinta sampai ke episod kemuncak. Isnin & Selasa, kan? Tengok, episod dia sekejap jer, cerita Nada Cinta tu sampai beratus-ratus, dan itu membuatkan hilang selera aku nak tengok cerita tu. Okey-2 jangan marah aaa.

Sampai sini saja aku melalut. Mood menulis hilang secara tiba-tiba. Siapa tengok cerita ni? Wa jeles sama lu. : | K bye-2


THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

3 comments:

Unknown said...

bw....
http://nurulnamasaya.blogspot.com/2012/11/nak-rambut-sihat.html

ridoma said...

haha mcm kene je cerita ni dengan seseorang.. bf 22, gf 30... =)

Student Kecik said...

@ridoma cecece, akak dengan bf akak ye? HEHE :D