Tuesday, 13 November 2012

Kenapa Dengki Sangat Ni?

Assalamualaikum dan hi. Hmm, sebenarnya aku tak tau nak update pasal apa. Aku tak ada idea dan inspirasi pulak hari ni T-T Ohh, tadi aku tengok Konsert One Direction secara LIVE wooo! And sekarang aku di bumi orang. School holiday tahun ni memang gempak laa. Haha, aku tipu je. Sekarang aku sedang meniarap di atas katil rumahku syurgaku. Aku tengok One D dekat Nickelodean jer lah. Errr, gilelah, beribu peminat One D kat situ. Lelaki sorang pun tak de. Keh keh keh, lawak betul. Biaselah, One D ni semua jejaka hensem "lah sangat". Okay, aku ni budak jahat, budak jahat. #Tetibe -,-

Stop cerita pasal One D, sekarang ni aku nak cerita pasal ada satu makhluk di atas bumi ni dok sibuk kacau aku yang tengah syok-syok ushar Liam. Makhluk ni bila terbang semua orang takut. Bila melekat dekat dinding .. aku cabut dulu. Binatang namanya. Dan yang lebih sedap lagi, LIPAS. Cockroach *eh betul ke ejaan tuh? Lama dah tak sekolah* lol :P

"Eee, awak suka lipas?"
"Saya pun tidak suka lipas. Kenapa awak tidak suka lipas?"
"Sebab dia warna cokelat? Peliklah awak ni. Saya tidak suka lipas sebab dia tidak hensem."
"Hah. Awak tidak tanya saya mengapa saya tidak suka lipas? Okay, fine awak."
"Sombong nyer....." *nak jer aku kasi freekick. Baru dia tau kaki aku wangi ke tidak.*
Dialog di atas ialah dialog seorang budak 5 tahun 1 bulan. Aku pun tak tahu dia cakap dekat kau ke dekat kawan dia. Hehe, gua mau cau lah wak. Bye

No comments: