Thursday, 22 November 2012

Maafkan Saya Kalau Tidak Suka

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Setelah sebulan menggunakan blogskin, aku terasa boring sungguh, lalu aku membuat keputusan untuk mendesign template denim. Sekarang ni layout template dah bersembunyi, kan? Hmm, alhamdulillah, aku ada banyak blog private yang aku simpan template denim dalam tu. Tengok, blog aku macam blog Cik Nurfarah, kan? Okay-okay, sebelum apa-apa, beliau lah inspirasi aku sejak aku berblogging. Tak percaya? Pergi blog tua aku ni http://sayasukamenulisadanberleter.blogspot.com/ . Fuuh, gila panjang link blog. Tengok dekat tab "idola ku". Dulu aku aktif berblogging dekat situ sebab dulu aku minat gila-gila dengan bola. Sekarang password nya sudah lupa so hanya mengucapkan goodbye aje lah. Ni printscreen monster pink aku.
Yang warna border tuh sama sebab aku ikut tutorial Kak Farah. Yang background untuk tajuk sidebar pula aku buat tutorial Wan Hazel. Yang menu tab tuh aku ambil freebies dari blog Diela Natasha. Aku tak reti nak design menu tab so cara mudah ambil freebies daripada dia. HEHE. Then, kalau korang tengok background di post body aku sama dengan Kak Farah, ya, memang sama tapi aku tidak mencuri beliau punya background. Aku ambil freebies mini love then aku decorate sendiri. Pedih mata aku design blog ni malam nih. Tapi aku puas hati dengan hasilnya :) Alhamdulillah.

Yang tajuk post aku tu, kan ada border radius 13px, sama macam sis Farah tapi demi Allah, aku buat tuh dengan rujuk di tutorial type of border beliau. Jangan salah-faham tau. Lepas tu background blog ni aku terjumpa di blog Fazeera Kahar. Lepas tu aku ambil lah,=.=

Itu aje yang aku nak cakap sebelum terjadi perkara yang lebih buruk. Maafkan saya kalau tidak suka blog saya macam blog sis Farah. Bye, assalamualaikum.