Sunday 4 November 2012

Good Luck Kepada Calon SPM

terima kasih google yang hensem.

Korang mesti dah tau kan, esok SPM. Yang tak tahu dah tahu dah, kan. Tak tahu lagi buat-buat tahu je lah. OK, aku dah start GILA dah! Sama lah perangai macam mouse uzur ni -_- Btw, malam ni kerja aku blogwalking je lah. Daripada blog situ, pergi cbox dia, serbu blog lain, tengok cbox dia, terjah blog lain. Sampai terfikir nak update entry khas untuk calon-calon SPM. Kakak-kakak dan abang-abang Form 5 sekalian.

Blogger-blogger yang bakal menjawab SPM pada esok hari : Kak AmalinaKak Hafizah, Kak Ekaiseqa, Kak Seri Najwa, Kak Miraa Hussin dan ada lagi yang aku tak tahu. Hehe, sorry ya. ;p

Baru beberapa minit yang lepas, aku ada googling dekat abang google yang kacak bergaya*werk* Search fasal tips persediaan sebelum masuk dewan peperiksaan. Banyak aku jumpa, then, aku terpikat dengan blog MAMAMURAI.COM dan aku kopipess jer dari sana ke sini. Mudah, kan kerja ku. HEHE 

TIPS-TIPS SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN :

1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris, kad pengenalan dan slip peperiksaan telah disediakan. Simpan kesemua peralatan tersebut dalam satu beg yang mudah dibawa, senang diambil dan mudah diingati.

2. Selepas solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dengan bacaan Yassin. Jangan lupa untuk berdoa dan memohon agar Allah memberikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dengan sempurna.

3. Pastikan tidur yang mencukupi. Tidur yang dan rehat yang cukup akan menenangkan fikiran, seterusnya menyegarkan badan anda semasa menghadapi peperiksaan.

4. Jangan membuat ulangkaji di saat-saat akhir kerana perbuatan tersebut hanya menambah stress kepada kamu. Ingat! Pelajar yang cemerlang sentiasa bersedia lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan.

5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sekolah, bangunlah lebih awal dan solat subuh berjemaah dengan keluarga. Mohon restu dari kedua ibu-bapa agar tenang menjawab soalan.

6. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu untuk selamat sampai ke sekolah dan diberi kekuatan menjawab soalan dengan cemerlang.

DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN (syukran: farhanah fadillah dan bjue)


وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Doa-doa di atas bukan sahaja untuk calon SPM, malah untuk student macam aku ni pun boleh baca time nak jawab exam nanti. Baca dengan ikhlas dan hayati lah bacaan doa tersebut, InsyaAllah, Allah akan membantu kita menjawab peperiksaan dengan jayanya .




THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

2 comments:

Unknown said...

Tumpang lalu...
Good luck buat semua calon SPM ya :-)
All the best...
Hehehe ^_^

Student Kecik said...

@Dunia Wilma Lalulah ^^ Hehe;
Yepp, goodluck :D