Monday, 12 November 2012

Subuh-subuh Dah Kena Simbah

Assalamualaikum dan hello kitty *ahaa, aku buat lawak, apa lagi gelak lah. Sadiss dan sedih aku dengar tajuk yang aku tulis tu. Time aku tulis pun menitik-nitik air mata dan kalau isi air mata tu dalam baldi, cukup untuk tampung satu keluarga. Sedih weh. Kau tahu simbah apa? Tak tahu, kan? Kau fikir tak yang cecair yang disimbah tu merbahaya. Haa, tu mesti fikir asid tu kan? TIDAAKK! OH NO!! Bukan lah bukan asid.

Ceritanya begini. Alkisah, pada suatu pagi yang hening dan sepi. Amat nyaman untuk manusia di atas bumi merehatkan mata dan mengupgradekan tumbesaran. Ada seorang budak, namanya N (bukan nama sebenar) nyenyak tidur. Lalu datang emaknya iaitu Puan D datang mengejutkannya untuk solat Subuh. Satu kali, kejut dengan lembut. Tiada sahutan. Dua kali, agak keras sedikit, juga tiada sahutan. Agaknya budak N itu pekak atau mempunyai penyakit sound trouble barangkali.

Selepas tiga dan empat kali dikejutkan, budak itu masih dalam keadaan mamai-mamai ayam *err ada ke ayat ni. Lalu emaknya naik berang, daripada tiada darah tinggi menjunam ke atas lebih had suhu termometer. Dengan wajah yang merah menyala, emaknya pergi ke dapur dan mencapai sebiji gelas lalu dipenuhkan dengan air panas. Ohh, kejam sangat, dengan air paip. Emaknya pergi ke bilik budak N dengan perasaan yang tidak dapat sesiapa menduga nya. Akhirnyaa ......

"Aih, aih, takkan ni ailiurbasi aku kut. Awat sampai melimpah-limpah macam ni" Budak N tu mengomel. Lalu diangkatkan mukanya lalu terlihat lah sesuatu lembaga yang memakai pakaian serba putih. Dalam keadaan mamai "Ehhh. Laa, mak rupanya" Dia memandang muka emaknya dengan pelik. "Kenapa, mak simbah akak?" Puan D menjawab pertanyaan anaknya dengan muka tertekan sampai dia rasa mahu dicekik-cekik makhluk Allah a.k.a anak nya itu. Keh keh keh.

"Mak kejut akak 4,5 kali tak bangun-bangun mak simbah lah dengan air. Lepas ni, kau bangun lambat lagi nak solat subuh, mak simbah air panas daripada Sungai Kerling." Wajah Budak N bertukar menjadi pucat dan beberapa saat kemudian, dia tersengih sambil menampakkan giginya yang kuning. "Hehehe. Bangun lambat rupanya" Lalu segera dia mengambil wuduk kerana waktu solat Subuh hampir tamat.

Begitulah cerita nya. Sedih kan? Haha, kena tipu je. Budak N tu aku. Puan D tu mak aku. MY MOTHER

=THE END=

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

No comments: