Friday, 21 December 2012

Ini Sudah Bikin Suspen Aje!


Assalamualaikum. Tengah-tengah malam ni aku nak share sikit experience aku yang baru aje tadi berlaku *eccewah*  Tadi time aku tengah menghadap komputer, aku terdengar bunyi tingkap macam kena selak dari dapur. Bunyi "kriuk, kriuk". Terus dalam kepala otak aku ni ingat ada pencuri. Ish aku ni suka sangat fikir benda bukan-bukan. Lepas tu, dengan perasaan ingin tau aku pergi lah dekat dapur sorang-sorang. Berani kan ? *perasan rumah sendiri memang lah berani.

Lepas aku nak dekat sampai kat dapur, sikit lagi lagi satu setengah tapak. Aku pun berhenti. Meremang dah bulu roma aku. Aku terus jerit panggil mak aku. "Mak!" Mak aku pun nonong je lah tengok movie Cina. Langsung tak layan diriku yang sedang menahan kencing ini. 

Mak aku cakap " Haa tangkap budak yang suka tidur lewat ni "*aku lah tu maksudnya. Lepas tu ada bunyi lagi tau, aku mula rasa tak sedap hati *eh hati memang tak sedap, peha ayam sedap lah. Kali kedua, aku ajak adik aku pergi dapur. Haa, nampak tak betapa penakutnya aku. Eksyen je lebih. Aku siap bawa bantal lagi, bagi protection takut apa-apa terjadi. Haha, ada bawak bantal, asal tak bawak kayu golf je.

Then, sampai-sampai dekat dapur, aku toleh kanan! "Lah, Momey(kucing) rupanya! Tak de keje ke kau nak jadi SpiderMan malam-malam buta ni" Alhamdulillah.. Aku bukak tingkap aku masukkan Momey dalam rumah. Kurang asam punya Momey, bikin aku suspen je. HAHA.

bye :P

3 comments:

sensasi2020 said...

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera........

Ingatkan cerita hantu, rupanya si kucing Momey, lapar lah tu dia, kamu tak bagi makan petang tadi.

Yalah kadang2 perlu juga cari sesuatu yg bernilai. Apa kata masuk giveaway kawan saya mana tahu dapat hadiah.

Jom join lucky draw , ada RM120 cash, photobook rm200++ dll. http://www.cikgunaman.com/2012/12/cabutan-bertuah-menggapai-gadjet-impian.html
TQ. Wassalam....


♥ Anis said...

@sensasi2020 Saya bagi makanlah . Dia nak masuk rumah aje. Jumpa anak dia :P

InsyaAllah saya join yekk..

Terima Kasih :)

Anonymous said...

[url=http://paydayloansonlineare.com/]payday loan[/url] payday loan