Friday, 28 December 2012

Kisah Perjalanan Aku Berblogging #2

Assalamualaikum.
Waduh, aku rasa macam novel pula sampai ada Part 2. HEHE :P
Ni sambungan entry semalam.  Kisah Perjalanan Aku Berblogging.
Teringin pulak aku nak sambung kisah semalam.

Ni tujuh blog lama aku tapi lain akaun.
Aku dah lupa email dan password, jadi aku ni umpama kacang lupakan kulit.
HAHA :P

Lepas aku dah fedup dengan email dan password lama .
Aku pun decide nak buat email baru. 
Maka terciptalah email anismeow98@yahoo.com

Punya comel email baru aku kan? HAHA
Lepas aku dah rassmikan blog ni, aku pun start buat entry.
Entry² lama aku pun tersangatlah comel . Eh over pulak? :P

Kalau korang tengok, tajuk entry aku mesti semua huruf besar.
Kiranya semua uppercase.
Betul wei, nah cuba ushar link SINI dan sebelum nya.
Semua capital letter, kan? HEHE  :P

Nampak tak betapa skema dan nerdnya aku dulu -.-

Lepas tu, aku mula dah start join giveaway.
Alhamdulillah, memula aku join 1st Giveaway by Ain and aku dapat topup rm5
Siapa lah nak bagi, kan? 
Tapi sekarang ni, rezeki aku tak de, tak menang dah. HUHU.
Tiga kali je aku menang . Lepas tu stop terus -,-

Then, aku start buat segmen free header by dudu comel. Katanya -.-
Comel lah sangat *ahaa :P
Aku ingat lagi, time tu followers aku belum cecah seratus.
Dah aku dah pandai buat header guna Photoshop, aku buat segmen tu.

Selepas itu, seperti biasa, aku buat entry.
Kisah² kehidupan seharian aku, kadang² aku cakap² kosong.
Kadang² ada yang beri respon dan kadang² tiada respon langsung.
Alah, formal lah kan, budak baru dalam blog. HEHE

Lagi satu aku pun baru budak tingkatan satu
Tak boleh nak bermadah pujangga, berkias-kiasan.
Budak kechik lagi tau.

Tapi aku rasa, blog yang famous sekarang, sama je macam kita.
Mereka jugak pernah melalui zaman New Bloggers.
Entry diorang pun kadang² tak ada respons

So macam mana diorang boleh jadi famous?
Sebab diorang berusaha lah untuk jadi dikenali ramai.
Tapi, lepas aku baca entry dari SM, niat kita berblogging untuk apa?,
Bukannya semata-mata nak kutip followers, nak tingkatkan earning kita.

So, camni lah, aku ni bukannya pandai, bijak bestari sangat dalam dunia blog.
Kesimpulan aku, kita belajar daripada pengalaman,
sekalipun pengalaman yang perit, getir, seronok dan selebihnya.

Pengalaman menjadi new bloggers dapat mengajar aku,
untuk terus berusaha menonjolkan aku punya bakat, kelebihan, personaliti.

Tapi, sampai sekarang, aku masih belum tahu apa aku punya bakat ._.

THANKS FOR READING. DROP YOUR COMMENT PLEASE?

4 comments:

Al-Azrul Iqmim said...

moga trus berblogging ye :)
btw flw me bck pls http://mimque.blogspot.com

Windflower said...

nice entry..
kadang2 bila saya baca balik entry saya dulu2, rasa nak gelak guling- guling je :)

Student Kecik said...

@Al-Azrul Iqmim InsyaAllah :)
Sudah follow sana balik ^^

Student Kecik said...

@Puteri Afiqah HAHA, sama lah kita, comel jee ayat :D