Wednesday, 12 December 2012

Untuk 3 Hari Telah Banyak Yang Terjadi

Assalamualaikum, hi. Setelah tiga hari aku menghilangkan diri, telah banyak yang terjadi dekat rumah, dekat blog. Bermacam-macam rasa ada. Masam-masam manis ada, tapi aku rasa pahit, tawar, payau dan kelat lagi banyak purata dia dari yang manis. Jadi, aku nak start dengan yang manis dulu. Biarlah entry aku hari ni berakhir dengan kesedihan. 

Hari Ahad lepas, aku pergi Klang sebab ada kenduri dekat Meru. Kucing-kucing aku tinggalkan dekat rumah. Seronok lah dapat jumpa saudara, berkumpul bersama, bergurau senda. Pakai inai, layan adik saudara yang nakal nak gila. Pergi jalan-jalan dekat mall. Main taman, makan aiskrim, main belon, tangkap gambar dan banyak lah lagi. Kenangan manis, kan? Siapalah yang nak lupakan kenangan manis.

Sampai satu masa aku nak balik, adik saudara aku yang paling rapat dengan aku suruh aku tinggal rumah dia. Aku bagilah alasan "Akak rindukan kucing-kucing akak lah, Nurul" Sebenarnya aku malas nak duduk sana, nanti karang aku bergaduh pula dengan adik saudara aku yang lain. Aku jelah yang tua kat situ. Yang masih belum cukup matang untuk selalu mengalah dengan yang lain. Lepas tu aku balik rumah .....

Sekarang aku nak ceritakan kenangan yang tawar, pahit, payau, perit dan kelat pula. Hari ni aku baru balik rumah. Pukul 11 lebih aku sampai rumah. Sebelas malam tau. Aku cukup rindukan kucing-kucing aku. Sampai aje kat rumah, aku ambil barang dalam bonet kereta, aku masuk rumah terus tanya adik aku. "Dik, mana kucing!" Adik aku terus cakap, "Satu persoalan, akak sedih ke tak kalau adik cakap ni" Terkejut beruk aku. Muka aku serta merta berubah. "Apesal!" Adk aku jawab, "Ray dah mati. Petang tadi dia mati dekat bawah tu. Banyak semut dekat sekeliling dia".

Meleleh-leleh air mata aku dengar berita yang cukup buruk lagi dahsyat. Aku rasa nak pengsan aje saat tu. Baru 2 bulan dia duduk di bumi Allah, dia pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku melihat dia buat kali terakhir. Ray. Kaulah kucing paling nakal! Kau lah kucing yang paling degil. Kaulah abang kepada Uteh dan Adik. Siapa nak jaga diorang nanti. Kenapa tak tunggu aku balik? Aku nak tengok muka kau, tapi Abah dan tanam kau.

Malam tadi, aku tidur dan tidur aku tak lena. Aku mimpi, aku nampak ada sekor kucing mati terbaring, semut di sekeliling kucing tu. Aku fikirkan, mmimpi hanyalah mainan tidur. Tapi tak sangka, Allah nak bagi aku petunjuk yag kucing aku mati. Meraung-raung aku bila sampai rumah tadi. Kecoh satu rumah dengar aku melalak. Patutlah Ray dah tak banyak makan minggu lepas. Kurus keding aje. Alasan aku yang bagi dekat Nurul tadi tu betul-betul berlaku. Aku memang betul-betul rindukan kucing aku walaupun baru 3 hari tak jumpa. Assalamualaikum, Ray. Aku akan ingat kau sampai bila-bila.

4 comments:

Xxxsophiacoolgrey said...

assalamualaikum sungguh sedih cerita kamu itu..Btw kan ada kucing yang lain lagi..Jadi jagalah kucing itu jangan sampai dia jadi macam kucing yang mati itu.

http://xxxsophiacoolgrey.blogspot.com/

♥ Anis said...

waalaikumussalam, insyaallah :) terima kasih beri nasihat awak..

Dunia Wilma said...

Jangan sedih2 ya ^_^
Takpa...Ada lagi Uteh dan Adik kan...

♥ Anis said...

terima ksasih wilma :)